Blogger news

'1st GiveAway by Sheila Eiman'

Assalamualaikum :)

Eh hi kawan2, jumpa lagi!!! please jangan muak baca aku punya blog ok :) seperti biasa, mari aktifkan diri untuk join segmen dari blogger yang ohsem, ok? ok...

Segmen seterusnya.......tadaaaaaa "1st GiveAway by Sheila Eiman" !!!!!!!
Mari join reramai, kita kasi meriah segmen ni. Tak menang takpe. Sebab kita akan dapat hadiah yang lebih istimewa kan? iaitu kawan2, kenalan, ukhwah :) so.....mari kite ke banner yang cantik di bawah ni.

comel kan? mahu maklumat lebih lanjut dan terperinci, jom jalan-jalan ke blog sis sheila eiman. apa tunggu lagi??? moh le join.

sehingga itu sahaja. jumpa lagi di segmen seterusnya. bye2!! wassalam :)

Kecil tapi Bermakna

Assalamualaikum :)

Hi jumpa lagi!!

Ko memang xde keje kan faizah. Menulis je. haha well, biarlah. kang dah sebok, ko bising lak bila nak nge'up' sedas dua entry. ni aku duk banyak tulis, ko harus diam dah redha je ok. haha (dialog faizah#blognya)

Nak tanya, nak tanya!! (perlu ke ulang 2x) perlu! untuk nak tunjukkan yang aku excited nak tau haha Nak tau sape sini dah kahwin tapi PJJ? 'angkat kening' haha mungkin takde sebab sape nak kan dah kahwin tapi berjauhan sobssss so biar aku je angkat kening aku kerut2 sambil air mata jatuh tskkk :'( rindu suami.

Aku dengan suami takde la jauh sangat. jarak rumah kitorang adalah dalam 400km JE! haha. dekat kan. dekat sangaaaat kak tipah oi... So bila jauh time weekend je la nak jumpa pun kan. Tapi takde la tiap2 minggu suami datang jumpa aku. Kitorang selang-seli la, gilir-gilir ziarah menziarahi amalan mulia. minggu ni dia datang klang, minggu depan aku balik muadzam. Kalau ade kursus or dia oncall, so tak jumpa la jawabnye...waaaa nangis lagi. takpe, faizah kan kuat, tabah, kebal, hati kering, tak pandai nangis haha kemain puji diri sendiri w.p hakikatnya semua tu dusta belaka.

Dulu awal-awal kahwin, aku selalu anggap suami yang kena datang jumpa isteri. Sampai 1 hari tu aku sembang-sembang lepak kedai kopi dengan my handsome father in law (abah xtau akak ade blog kan, so abah tak tau la akak tengah puji abah ni hahaha). Dia cakap, kita sebagai anak, kalau tengok muka orang tua dah dapat pahala, kalau kita balik jumpa orang tua kita dapat pahala, sepanjang perjalanan kita nak jumpa ibubapa kita, insyaAllah kita akan dapat pahala kerana niat kita. Sama jugak suami isteri. Sepanjang jalan kita balik untuk bertemu suami/isteri insyaAllah akan dicatatkan sebagai kebajikan,again ianya depends on niat kita. Urusan pahala dosa adalah urusan Allah. Tapi kita kena berusaha ke arah kebaikan kan. 

So dari situ aku pun tukar corak pemikiran aku untuk sama-sama merasai nikmat perjalanan untuk kita nak jumpa insan tersayang. Alhamdulillah, sampai hari ni, setiap kali aku balik muadzam jumpa suami, tak pernah pun rasa letih, rasa malas, rasa nak tidur je ke ape ke perasaan yang negatif2. Bese aku ambil bas kat hentian putra pukul 9 malam, so dari klang after kerja terus pecut ke putra, tunggu bus around pukul 2 pagi baru sampai muadzam. pagi-pagi bangun macam biasa buat sarapan untuk suami, sembang-sembang, jalan-jalan. ahad kul 2.30 ambil bus terus balik ke Klang. walaupun hanya sehari setengah dengan suami, tapi u know rasa sangat lama masa tu, macam-macam aktiviti boleh buat. 

That is how kita hargai masa yang kita ada. Sebab kita tahu masa sangat terhad. so kita takkan bazirkan dengan perkara-perkara yang tak mendatangkan faedah kan e.g tidur. No no no. kalau setakat balik jumpa suami untuk tidur di siang hari, dan menonton tv dan kemudian tidur lagi, memangla satu kerugian ok pakcik2 makcik kak tipah sekalian. 

jap faizah jap, aku kompius ni. tak macam nak cerita pasal tajuk pon. mukadimah ke ape tu? dah2 masuk isi penting terus melalut haha blog dah marah...


Ok disebabkan kitorang ni jauh, so kitorang bila setiap kali jumpa akan bagi hadiah antara satu sama lain. Apa-apa je. even benda tu kecik je tapi tetap bagi. Untuk buat pasangan kita rasa lebih gembira. kire macam reward la berjaya sampai ke pasangan kita. hahaha ada ke macam tu. dah macam game pulak kan. tak tak. bukan macam tu. Nak explain pun susah. Bila kita bagi hadiah kat pasangan kita, tak mahal pun takpe, janji kita bagi ikhlas niat nak buat dia gembira, sebagai tanda terima kasih sebab sudi balik jumpa suami/isteri dia kan. Then pasangan akan rasa lebih di hargai. 


tu la apa yang kitorang akan buat bila berjumpa la. Tapi yang biasa kitorang bagi adalah COKLAT. coklat adalah lambang kegembiraan, bagi aku la. hahaha...Setiap kali balik, aku beli 1 jenis coklat. tiap kali beli, beli yang berlainan la. Tapi suami ni jenis membazir, setiap kali beli, beli yang berjenis-jenis coklat. haha memang isteri ni suka la kan. Pastu makan sama-sama. Coklat yang aku bagi dia, aku makan banyak dia makan sikit. COklat yang dia bagi aku aku makan banyak dia makan sikit. tidak adil bukan? tapi itu lah kami haha. Suami cakap suke tengok aku makan muka bersungguh-sungguh lagi-lagi coklat kan. So dia biarlah isteri dia ni makan apa ada nya hahaha... baik sungguh kamu wahai suami. Sayang lebih la gini. Nanti anak-anak baca mesti dia akan kata abah dia sweet layan umi dia macam ni hahaha...

Cantik kan paper bag ni?? Suami bagi baru-baru ni :)


ye anak2 umi, ni coklat yang abah bagi kat umi hehe :D anak2 umi jangan jeles ok :p


Kecil lebih berharga jika ianya ikhlas kan? Korang pon mesti ada buat something untuk pasangan korang kan, macam rutin la kirenya. jom share! :)

Salam jumaat...Wassalam.
 


"segmen: bloglist istimewa ayuinsyirah tahun 2013 "

Assalamualaikum :)

"Hi bertemu lagi dalam segmen yang seterusnya!!!" haha ko faizah x payah nak bajet macam pengacara retis sangat. tak seswai ko tau..

Setelah ini dan ini, maka seterusnya adalah ini. apa yang ini? ini adalah segmen. haha semua tau la tu segmen, yang blogger selalu buat. ni adalah yang ke-3 yang sy join. 

Come come come and have a look :)



Syarat2 untuk nak join segmen ni, boleh la terus ke blog kak ayu ni, ok ;). Mari kita join. mari mari. tak rugi. dapat kenalan, dapat isi masa lapang. 


sehingga itu sahaja. Jumpa lagi. Wassalam. :)

Hospitals Beyond Boundaries

Assalamualaikum :)

Aku ni dari dulu, dari tak de blog sampai dah ade blog sekarang, aku suka baca kisah2 blogger gi travel. Antara blog yang memang takkan lepas untuk aku baca blog si fatin liyana ni. Sebab aku suka baca pengalaman orang yang gi travel ni. Aku pun tak tau aku ade peluang ke tak nak sampai ke negara yang diorang  pergi tu kan. So memang duk hari-hari la buka blog diorang kot-kot ada tempat menarik lain yang diorang gi kan.

Semalam bukak blog fatin liyana ni, kot2 dia ada gi travel mana2 lagi kan, tapi  ada entry baru dia cerita pasal Hospitals Beyond Boundaries ni. Hebat kan idea ni. lagi hebat orang yang hasilkan idea ni, tapi yang Maha Hebat adalah Allah SWT yang telah memberikan idea ni kepada hamba Allah tersebut. Subhanallah. 

Sebenarnya, banyak kan cara yang boleh kita buat untuk kita jadikan bekalan hidup kita di dunia mahupun akhirat nanti. Aku bukan orang yang banyak ilmu agama. Tapi sebagai hamba Allah, selagi kita bergelar manusia, selagi tu kita sentiasa ada dalam proses pembelajaran kan.

Aku pun bukan dari golongan kaya raya yang membolehkan aku mampu untuk buka hospital untuk negara lain. Jangan kata hospital, gerai untuk jual laksa kat tepi jalan pon aku tak mampu lagi huhu sedih (dari dulu aku sentiasa berangan2 nak buka kedai laksa yang ada pelbagai jenis laksa, laksa yang datang dari setiap negeri, bila la agaknya kan). ok dah stop pasal laksa. Aku ni bukan boleh cerita pasal laksa mesti menjejeh2 keluar air liur ni -_-   

Jadi apa yang kita boleh bantu dalam usaha kita untuk menyumbang kepada pembinaan hospital ni? Hulurkan tangan ringankan beban. gerak2kan jari kita di depan laptop ni buka page maybank2u click2 transfer la sikit duit kita ke no akaun yang tertera seperti dalam entry fatin liyana tu ok. xde maybank2u, gerak2 kan kaki berjalan atau berkereta atau bermoto mahupun berbeca ke bank ok! senang! 

Buat apa yang kita mampu. tak mampu sumbang tenaga, sumbang duit, tak mampu duit, sebarkan projek ni, tak mampu jugak, kita berdoa kepada Allah supaya Allah sentiasa memudahkan urusan pembinaan hospital ni dari awal sampai ke akhir sehingga mana hospital ni dan warga hospital ini dapat memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan.

Sekian sahaja dari anak alam. terima kasih sudi baca. maaf kalau ada tersalah terkasar bahasa. wassalam. :)

" Segmen 1st Mama "

Assalamualaikum :)

Sebagai seorang blogger yang tersangat baru, men'join'kan diri dalam segmen2 dari blogger senior memang menjadi medan untuk mencari ramai kenalan di samping kite berusaha untuk menyokong antara satu sama lain.  Ini yang first yang aku join.  

Segmen ke-2 yang aku join sepanjang penubuhan blog aku adalah tadaaaaa.....


Ada 5 hari lagi untuk tarikh tutup. Cepat2!! Moh kite join. ada luck dapat hadiah, xdapat hadiah dapat kawan2 kan. so kita tak rugi apa-apa :) Nak info lebih boleh terus ke blog mama yang gojes nieh! bye2. Wassalam.

Melancong Ke Medan, Indonesia (Day 1)

Assalamualaikum :)

Selamat pagi, semoga kita semua sihat-sihat hendaknya keh. and please ceria-ceria selalu, senyum sokmo, jangan stress-stress yep.

Seperti yang diniatkan dari awal tentang penubuhan blog ni, adalah untuk menyimpan semua cerita-cerita yang berlaku dalam hidup aku dan orang sekeliling supaya nanti 10 tahun akan datang aku boleh baca, suami boleh baca, anak-anak boleh baca. pastu anak-anak dah baca request pulak kan nak g medan jugak. haha.. So biarlah aku cerita semua kat blog aku ni. Dah memang tugas seorang blog untuk simpan cerita orang kan. hehe

Aku kerja dengan company ni almost 2 years. company kecik so dah macam family la kitorang. boss pulak suka melancong ni. Tahun lepas kitorang g Bandung, still indonesia. maybe murah kot hehe. Tak pe, as long as pergi tengok negara orang kan. tahun lepas aku tak kawin lagi, and kawan aku tak tunang lagi so kitorang g ngn family boss je la.

tapi tahun ni, aku dah kawen, kawan aku dah tunang. so boss angkut je semua g sekali haha takpe, dia support, takkan nak tolak kot kan. rugi beb haha

so 20-22 sept tu kitorang g la Medan. naik fire fly kat airport subang. sebab survey mase nak book tiket tu firefly lagi murah dari air asia.

Dari subang ke Kuala Namu international airport dekat je. Memang dekat ah, x sampai sejam kalau naik flight. kalau naik kereta aku tak tahu. maybe tak sampai kot haha sebab tenggelam dalam air hehe...

ni airport baru, bukak awal september, belum rasmi lagi. bagi aku rasmi la haha


Aku gerak dalam 1.30 macam tu then sampai sane dalam 2.30. Bese la kan prosedur imigresen pe semua, ambil beg, keluar-keluar ada orang tunggu sambil pegang kertas tulis nama boss aku. Yela diorang mana kenal boss aku kan. kang salah orang tak memasal kan. 

untuk travel agency ni, ada sorang tourist guide sorang driver. Dia provide van untuk kitorang since kitorang ada 10 orang kan. Van ok la, so so. Nak selesa memang tak dapat la, tapi boleh la untuk nak bergerak ke sana sini hehe

Ni la van nya. Yang pakai baju hijau semua staff company aku. (company aku???) hahahaha baju belang2 tu suami aku, baju hitam tu tunang kawan aku. jelas bapak2 ibu2? haha
Tourist guide (TG) dah inform yang kitorang akan terus ke lake toba untuk tido dekat sana. sebab esok pagi-pagi kitorang akan ke Pulau Samosir. Boss tanya jauh tak airport ke lake toba. TG pon jawan ilek2 je 4JAM!!!! gile kau. sakit la pinggang duk dalam van nieh! mula-mula ok la boleh senyum-senyum sebab ikut highway tapi highway nye x sampai sejam. Yang lain sume jalan kampung... tapi ok lagi la sebab view dia cantik. Sekali masuk kawasan tanah tinggi, jalan pusing-pusing, terhentak-hentak aku sebab jalan lubang-lubang. dugaan... 

Sebelum sampai lake toba dia singgah la tempat makan. Lapar kot. dah la perjalanan jauh lagi.

Rumah Makan Sempurna

 Menu dia tak banyak tapi kena la dengan selera orang melayu kan. ada soto, gado-gado, mee goreng, nasi goreng, murtabak, satay. aku makan soto. aku ingat same soto sini dengan malaysia.

Ni soto medan. Kuah dia nampak mcm sup kan, tapi tak. Dia macam ada santan and SEDAP! Siyes. tambah ngan sambal dia pergghhhh berair mata sebab pedas haha

Makanan orang lain??? takde! even makanan suami pun aku tak ambil gambar haha. sebab makanan aku sampai dulu. so aku makan dulu sebab nanti sejuk. makanan diorang sampai masa aku tengah makan dengan gelojohnya. Mana sempat nak ambil gambar haha...

so bila dah siap makan, kitorang teruskan perjalanan ke lake toba. odw tu singgah la kat kedai tempat jual-jual makanan yang popular di Medan ni, nama dia 'tang2 ting2 tong2' (haha yeke tak ntah tapi lebih kurang cam tu la dia sebut). Sebab aku jenis cerewet takde tanda halal, aku tak beli pape pon w.p toke tu bagitau tu org islam punye produk.

Ni la kedainya. barang banyak tapi satu pun tak beli. Sebab kebanyakannya kat malaysia pun ade

Waktu ni dah pukul 6.30 waktu sana. tempatan 7.30 and dah masuk magrib pun. Nak ke lake toba ada lagi 2 JAM!!!! nangis :'( bila nak sampai, nak jumpa tilam ngn bantal. siyes letih tapi best! hehe

Jalan nak ke sana tak yah cerita la. tapi aku cerita jugak haha. bengkang bengkok, jalan kecik, rosak, berlubang tapi respect 1 je, driver kat sana semua cekap-cekap and bertimbang rasa. Diorang lebih banyak guna hon dari guna signal. haha tapi guna hon bukan nak sound orang ke apa, tapi sebab nak bagi kenderaan lain especially moto alert kat kenderaan dia ni. you know traffic kat indon like what kan. tetibe insaf, bersyukur duk kat malaysia hehe :D


Finally!!!! dah sampai tempat yang di tujui. Lake Toba International Cottage. Cantik tempat ni, betul-betul sebelah tasik kitorang punya balkoni bilik. Perghhh perghhh view dia toksah cita baq hang. Ngan sejuknyeee....I sukeeee haha

ehsan google. tak ambil gambar hotel sobsss
Ni je yang aku snap haha choiii je rasa, gelap lak tu. takpe, janji ada kenangan :p

Bilik kitorang yang menghadap air dekat dengan bot tu. Nampak tak yang atas sekali tu, tu swimming pool+restaurant hotel tu. wifi cuma boleh access kat situ je. kt bilik tak boleh. suhu kat kawasan tu aku tak tau la berapa sebab sangat sejuk and lake toba ni kedudukan dia sangat tinggi dari paras laut (berapa aku tak ingat, sorry). Bilik pulak dia punya plug semua yang jenis 2 mata tu. bateri fon dah nyawa2 ikan dah. terpaksa berjimat sebab camera tak bawak!!! lagi sedih haha Malam tu, rehat-rehat and terus membuta sebab esok jauh lagi perjalanannya hehe

Panjang pulak ceritanya. Baru sekerat hari. camno ni. haha takpe. akan ku teruskan perjuangan menulis untuk Day 2 and 3. But not now :) Jom layan gambar sekitar hari pertama ni. JooooOOOooooMMmmmmm :D


Pergi 2 beg. balik?? haha tungguuuu...

aku dah kenapa???



Kat sana sumber utama ekonomi adalah pertanian, so tempat diorang ni hijau lagi menghijau. cantikkkkk

Tak banyak gambar yang best. nanti petang kang kalau free aku cerita lagi. Kalau tak esok ke lusa ke. tengokla hehe... bye2!! wassalam.



Kematian Seorang Pelatih Kem PLKN Muadzam Shah

Assalamualaikum.

Mesti korang dah tau kan pasal kes ni. Boleh dikatakan aku antara orang yang awal jugak la tau sebelum kes ni masuk paper and tv. Sebab suami aku ni kerja kat kem tu. Sebagai Medical Assistant. 

Alkisah Kitorang kan baru sampai dari Medan ahad lepas. So malam tu, kitorang tidur dekat rumah akak kat Bukit Jalil. Dah namanya letih, malam tu terus membuta tak sedar apa.

Pagi2 nak bangun solat subuh, aku tolong chargekan fon suami. tengok ada msg dari sorang lagi MA kem tu. Aku tak bukak pun msg tu tp dah memang appear kt skrin tu.

"mati dah sorang bdk kem" (baca dlm loghat tganu ok)

Aku pun terus la kejut husband,sungguh2 suh bangun baca msg tu. Ada dua msg. 1st pukul 1 lebih, 2nd pukul 5 lebih. Suami terus call MA sorang lagi tu tapi x pick up. Pastu call lagi sorang staff sana. Dia tak cerita banyak pun sebab semua tak clear lagi pasal kes tu. Yang dia bagitahu, diorang bergaduh tapi pasal apa tak tau la.

Aku bajet kes macam ni tak masuk dalam paper or tv. yela, korang pun tau kan pasal apa. Even kalau dekat uni pun, kes2 bunuh, rogol, bunuh diri mana ada cerita dalam paper or tv. Kalau ada pun sikit sangat. Sebab? paham2 la kan.

Aku ni jenis yang semua nak tahu. duk tanya la husband psl kes tu. Tapi husband ni, selagi satu benda tu x clear, x confirm xde maknanya dia nak cerita. Dia just cakap tunggu siasatan polis je. 


Kalau baca paper versi lain, tv lain, kat yahoo lain. Ntoh le. Apa-apa pun, doakan arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Al-fatihah.

:: SEGMEN : Jom Follow by Kataubaid :: "

Assalamualaikum :)

Hi :D moh nengok banner kat bawah ni dulu


hah, macam menarik kan? Tak susah pun nak join segmen ni. Siap boleh dapat hadiah misteri lagi. Moh pakat-pakat doa kasi menang hadiah. hehe 

kalau nak info lanjut boleh click here :) Selamat berjaya kawan-kawan!!!!

Medan, Indonesia (Intro)

Assalamualaikum :)

view from Danau Toba International Cottage, Siyes Cantik!!!!


Haha...terus tepek gambar je kan. 
Gambar semua dalam hp suami. 
Ni je ada kat I. 
Dah dapat semua gambar, baru boleh tulis macam-macam pasal Medan trip ni.
Sehingga jumpa lagi.
Mungkin kejap lagi atau nanti2 :D
BYE ! :)



Doa Nabi Zakaria Mohon Zuriat

Assalamualaikum :)

Apa khabar? Semoga kita semua sentiasa dalam redha Allah SWT.

Saya just nak kongsi antara doa yang boleh di amalkan untuk kita yang sedang berusaha memperoleh zuriat.

Source: Google Image :)

Pendek je kan doa ni. Boleh hafal, nanti boleh sentiasa baca. Usaha jangan lupa jugak k! :D

Aku yang macam budak-budak :p

Assalamualaikum :)

Kalau dikira-kira, hari ni dah 7 bulan 4 hari aku jadi isteri orang. Macam dah lama tapi baru 7 bulan rupenyeee...haha Rasa jauh sebab PJJ kot, kalau dekat, jumpa hari-hari, ketawa hari-hari, menyakat hari-hari, bergaduh manja-manja hari-hari mesti rasa sekejap je sebab semua tu buat kita rasa bahagia kan. Bila kita happy kita akan rasa pantas je masa berlalu kan.

Tapi bila jauh ni, rasanye sangat tak best tau. Mula la duk menghitung hari bila suami nak tukar tempat keje, bila aku nak cari kerja lain, bila tu bila ni. Tapi so far ok la. Boleh sabar lagi masing-masing. Kalau tak boleh sabar, aku resign balik pahang duk bawah ketiak laki haha

Kawan-kawan aku ramai yang dah kawen, dah ada anak pon ada. Ada yang bunting pelamin, ada yang sebulan dua terus preg. Aku? haha mesti la belum. Kalau dah, tak la nge'up' entry pasal ni kan. Mesti la duk bercerita baby tendang-tendang la, gi shop barang baby la, mengidam la and so on so on. hehe

Takpe, belum rezeki aku and suami lagi kan nak jadi ibu and abah. Allah Maha Mengetahui bila masa yang paling sesuai untuk kami jaga amanah dari DIA. Tu la ayat motivasi dari suami untuk isteri dia ni bila sedih lepas buat UPT and resultnye negatif! haha sokmo la sedih bila asyik tgk 1 line je naik. Mesti ramai ibu-ibu kat luar sana pernah rasa mcm ni kan? ;) (Nanti aku cerita kisah-kisahku sepanjang buat UPT hee )

Kalau nak dikira naluri keibuan ni, memang ada la kot. haha ferasan betol. Tapi memang ye pun. Asal tengok baby, kids mesti rasa teruja je. Apatah lagi tengok barang baby. Rasa nak beli banyak-banyak simpan kat rumah.

Alkisah semalam gi tesco bukit tinggi, nak beli barang-barang buat cucur udang. Dah beli-beli tu nak gi ke cashier lalu la tempat barang budak-budak ni macam bedak, lotion, syampu, sabun dll. Berteleku aku kat situ tengok satu-satu lagi-lagi produk disney. Memang menarik perhatian betul la. Gaya aku pilih tu macam orang ada anak-anak je, belek satu-satu. 

Tapi walaupun belum ada anak, ianya tak menghalang aku untuk grab 1 barang nieh! hahaha puas hati aku dapat beli walaupun satu and walaupun tak tahu apa motif aku beli benda ni. Yang penting ianya sangat comel!!!!


Cologne- bau yang sangat sweet :)
Takpela, feeling-feeling ada anak pun dah ok kan =) Doakan saya dan suami dimurahkan rezeki untuk dapat cahaya mata ye.

Sekian...

*Macam skema nau ayat-ayat aku dalam entry nieh. Never mind faizah, teruskan je menulis. nanti anak-anak boleh baca. Anak-anak tak kisah ayat ibu dia ni skema ke tak ke. hahahaha daaaa~

Medan Preparation Style Mengada-ngada

Assalamualaikum...

Aku kalau bab berjalan memang suka, tapi kalau ada yang tolong bawakkan la. Kalau kena pergi sendiri, memang malas tahap dewa pencen.

So kalau nak pergi berjalan-jalan, bersiar-siar, makan angin, berbulan madu dan sebagainya, memang aku teruja tahap anak- anak kecil dapat aiskrim. haha So as mentioned before, 20-22 Sept 2013 ni aku akan bersiar-siar di Medan, Indonesia. Peserta 'persiaran' ni adalah tuan empunya blog yang selekeh ni, suami tercinta dan paling disayangi, rakan sekerja, boss beserta keluarga, orang awam, pilot, pramugari dan sesiapa sahaja.

Tiket kapal terbang semurah RM150 return untuk setiap seorang telah dibiayai oleh boss baik hati. Hotel? Harap-harap dia sponsor jugak. haha bagi betis nak kepak. Begitulah aku.. haha 

Walaupun ada sedikit drama sebabak masa plan nak gi Medan tu antara rakan sekerja, tapi InsyaAllah, semoga trip ni akan jadi best dan seronok.

Meh tengok gambar sebabak jap...

haha pink sangat awok2, geli pulak koi nengok
 
Passport (mine and my husband's)

Actually, passport punye sarung ni (ntah apa la nama benda alah ni) aku dapat masa beli barang lebih rm20 dekat watson Alamanda dulu2. Promoter suruh pilih nak beg make up atau bekas passport ni. Sebab tak de lagi benda alah ni, aku grab yang ni je la.

Nanti kat airport suh suami pegang haha pink2 girl2 sangat, jgn harap la bak kata suami! haha

Padahal lambat lagi nak gi, ngengada nak siapkan awal2 passport ni. Jangan tertinggal sudah. wuuuu~

Tu je. Terima kasih diri sendiri sudi baca. haha bye :)

EIA Induction Course 2013

Assalamualaikum :)

Minggu depan adalah minggu yang paling aku suka. Sebab hanya 1 hari je aku duduk dalam office. Lain2 hari aku akan berada di dunia luar.

16 Sept - Cuti 1 Malaysia. Wajibla berada di kampung halaman.
17 Sept - Masuk office dengan lemah gemalai longlai.
18-19 Sept - EIA Induction Course. -_-
20-21-22 Sept - Fly to Medan. Yeaaaaa

So nak cerita pasal course tu nanti. Aku ni kalau ada kursus paling aku suka bab makanan la kan. Dah la yuran kursus boss bayar. Memang syok la. Tak yah keluarkan duit sendiri. haha RM400 kot! Memang selamat la duit aku.

Tapi ada tekanan juga kalau kursus boss sponsor. Sebab? Course ni ada exam hari ke-2 tu. Kalau fail mana nak nyorok muka comot ni?? Kalau lulus Alhamdulillah. hehe Tapi aku tanya kawan aku, dia cakap susah la orang nak fail. Memangla, tu orang lain. Aku? Harap- harap la aku lulus. Tak la rasa bersalah sangat kan.

Kursus ni dekat EiMAS, UKM Bangi. Tolong aku Ya Allah, semoga aku lulus dengan jayanya. Semoga niat aku untuk ke kursus demi redhaMu dan ilmuMu. Bukan sebab makanan atau mau lari dari office. 

Nanti kalau aku nge'up' satu entry lagi rentetan dari entry ni, bermaksud aku lulus la tu. haha. kalau aku gagal mesti la aku senyap2 je kan. takkan nak heboh satu dunia pulak kan. Doakan ok :)

Itu je la. daaaa~

MOSHPA National OSH Conference and Award Nite

Assalamualaikum..:)
Last Saturday night, En Hubby and me went for a dinner. My big boss akan dapat award so dia ajak la staff dia ni pergi dinner tu and sekali dengan majlis penyampain anugerah.
Paling best boss suruh bawa suami tercinta. Memang best la boleh feeling macam pergi dinner berdua haha choi...
Tempat adalah di Berjaya Times Square, suatu tempat yang asing untuk aku dan suami. So sebagai tempat yang asing haruslah pergi dengan public transport. Masa nak keluar dari rumah tu, hujan lebat. Macam mana nak naik train ni, basah la nanti, dah tak comel la kan.
Buka GPS, map bagai tengok-tengok 15 minit je dari Bukit Jalil, apa lagi cuba jaya la. Memang 15 minit je! Tak sesat dan tak sesak. Memang best. Suami biasa la suka explore tempat-tempat baru. Dinner pukul 8, pukul 6.30 dah terpacak kat sana. Ambil kesempatan cari surau dulu and hall untuk dinner tu. Alhamdulillah, dah jumpa tempat. Siap-siap sedia untuk maghrib masuk je waktu terus solat. Punya tak nak lambat masuk hall nanti maliuuu hehe.
Majlis ok la. Sebab yang paling ok adalah makanan. Gambar makanan harusla takda. Semua dah masuk dalam perut. Tapi memang sedap sebab free haha
Suami malam tu mesti la kacak haha (aku je la yang anggap dia kacak, korang tak anggap pun takpe hehe)
Dalam kul 11 tu dah dapat award. Boss pon ajak balik, mentang-mentang dia dah dapat award, taknak tunggu dah majlis habis haha tapi aku lagi suka, boleh balik awal. ambil-ambil gambar sikit, then terus balik bukit jalil. Overall dinner ni ok la sebab makanan yang sedap. :p
Meh la aku tepek satu gambar untuk tatapan masa akan datang. hehe.. LOVE you SUAMI sebab sudi ikut.

Kisah Dulu (Part II)

Assalamualaikum..

Ni sambungan daripada kisah ni. Aku pun tak boleh janji berapa part yang aku boleh tulis sebab banyak sangat ceritanya. and of course my story banyak berkaitan suami, keluarga, kehidupan seharian. Nanti dah ada anak, aku akan cerita pasal anak lak banyak-banyak. haha
 
Masa kek somban tu, aku saja-saja la text dia, tanya dia ada kek mano? (saja-saja ok, tak de maksud apa-apa pon hehe). Masa tu kek KTM Somban. Sambil-sambil tunggu kawan-kawan aku arrange taxi, aku text la dia. Rupa-rupanya dia ada kek Pejabat pos depan je dengan KTM tu. Eh kemain excited dia suh aku tunggu sampai dia selesai urusan dia, nak jugak jumpa aku (katernyeer) haha. Dia ingat taxi tu boleh tunggu-tunggu aku kot. Tapi takpe la, demi penuhi impian dia, aku pun rela hati masuk dalam group last taxi means kitorng (group ni) kena tuggu taxi yang masih belum kunjung tiba.
 
Tak lama lepas tu, dia pun muncul lah. tersonyum2. apa hal nak senyum-senyum kat aku, bayar la dulu kalau nak senyum. haha dah la pakai seluar pendek..yekkk aurat tak tutup, benci tak suka! mehehehe tapi sembang kejap je, 5 minit macam tu then taxi datang. So aku pun dah nak kena gerak gi rumah kawan aku yang buat open house tu. Sompek pulak dia pesan dah nak balik nanti bagitahu dia, dia nak jumpa lagi. eh lagi? tau la kolej ngn KTM tu sekangkang monyet je. Aku jawab 'tengokla nanti' ececece ayat jual mahal.
 
Banyak weh mak kawan aku ni masak. Tapi masa kitorang sampai ni, tak siap masak lagi. Kitorang pun tolong la apa-apa yang patut supaya bila makan nanti tak la rasa segan sangat sebab dah bersusah payah masak kan..kikiki Ampun makcik :)
 
Ada soto, ada laksa, kuih-muih, air-mair dsb. Makan tahap stok untuk 2 hari. Leh jimat nanti dah balik koleh 2 hari x makan dah jimat rm20 haha (benci tau makan jugak lepas tu, gila apa 2 hari tak makan haha)
 
Dah petang dah. Tapi kawan-kawan aku ni taknak balik lagi. Perut belum penuh haha Tapi kan ada sorang kawan aku ni, dia pun nak jumpa kawan dia kat KTM, tapi kawan dia sanggup jemput kek rumah kawan aku ni, aku tetibe teringat pesan dia. So aku pun ambil la kesempatan tumpang kereta dia gi KTM. Aku text la dia, bagitahu aku kt KTM. ZzzZZuuup ZZzaaaaassss dah muncul kek KTM. Laju kemain. Pastu dia ajak pi McD depan KTM tu, apa ntah nama Mall tu, x hengat lah hai. Aku konyang lai, so makan aiskrim mcd je (masa tu x boikot lag, sekarang dah x sentuh dah mcd) hehe..pastu borak-borak la then g KTM balik then sembang-sembang hal keremajaan yang belum matang lagi ni.
 
Masa sembang tu ada la minah yang kitorang tak kenal, lalu depan kitorang pakai baju kurung. Tetibe dia cakap, dia suka tengok perempuan pakai baju kurung. Ayu sopan je. Aku pun like 'ah ha, so?' hahahaha dah tu aku nak respon apa? nak cakap 'eh yeke?, so suke la tengok aku eh, aku pakai baju kurung, ayu sopan dsb?' hahaha... Ko faizah, kalau dah askor tu askor jugak, muka hitam legam, berbelang-belang, jalan kasar, ketawa kuat sebatu dengar, lagi nak cakap ko ayu. hihihi...biarlah hai, sapa lagi nak puji aku.:p
 
 
Sembang-sembang, geng-geng aku pun datang dengan bawak perut yg tak kurang padatnya. So kitorang pun balik la. Aku pun tinggalkan lah dia di bumi somban tu. Takkan nak ikut pulak kan. haha..
 
Tu je untuk part kali ni. Ada sambungan lagi ok. Stay tune husband :)
 
Daaa~
 
 
 
 
 

Kadang-Kadang

Assalamualaikum..

Nothing more to say, just want to say I Love You Suami. Good Morning My Love. How are you today? Makin kacak atau tak? haha suka cakap diri sendiri kacak. Apa punya pesen ini olang? manyak pelasan...:p

Kadang- kadang suami dah buat yang terbaik, tapi isteri tetap rasa ada yang kurang. Kenapa ya? Sebab isteri dia yang sorang ni (insyaAllah sorang je sampai syurga :)) sentiasa nak yang terbaik, sempurna memang tak la. Tapi kadang dia tak sedar yang diri dia bukanlah yang terbaik kan. Tapi tu lah, apa dia nak mesti dia nak dapatkan jugak/ orang lain kena dapat kan and orang lain tu suami la kan.

Tapi..tapi..tapi.. saya sentiasa sayang dan cinta suami saya sampai bila-bila. :p dan sedang belajar menerima kelebihan serta kekurangan masing-masing dengan hati yang ikhlas.

Pagi-pagi sampai office dapat message dari suami;

"abg ensem harini"...

oh motif sangat hahaha...tapi benda tu la yang buat aku sonyum soghang2 kek office ni. :D bagi aku memang dia kacak tapi pernah pulak aku nak admit benda tu depan dia kang melarat habis melangit dia duk puji diri sendiri.

time to start my work. daaaa~ abang memang kacak, i admit kat sini hehe...


Kisah dulu (Part I)

Assalamualaikum :)
 
Jodoh adalah rahsia Allah yang paling indah. kenapa? Sebab kita tak tahu siapa jodoh kita. Kita hanya berdoa untuk mendapat jodoh yang baik, kan? Then, bila kita dapat jodoh yang baik, apa kita rasa? Bersyukur, bahagia, gembira dan sentiasa tersenyum lebar. Indah kan? That is the thing "JODOH ADALAH RAHSIA ALLAH YANG PALING INDAH"
 
Me? I have my own. The only one I love most. He is my HUSBAND. He also the only one reason why I create this blog. Mybe, I am not so sure most posts in this blog will relate to him. Didedikasikan hanya untuk yang teristimewa Si Suami buah hati pengarang jantung.
 
Me, yang tak suka berterus terang bila di tanya (actually tak pandai nak menjawab jawab soalan orang walaupun orang tu adalah suami sendiri). So I think everything yang husband nak tahu aku jawab kat sini. :) Senang, boleh luahkan semua di sini.
 
His name Syafil Hazwan. How a unique name (for me la) :p I knew him since we were at primary school. Years ago at SK (LKTP) Keratong 7. Just 'knew' not like/love because I dont like him apa tah lagi LOVE him,kan? (at that time).
 
After Standard 6, we went for boarding school. Kami terpisah and know what, I dont care haha. Biarlah nak terpisah ke apa. Dengan kawan-kawan lain pun terpisah jugak kan. Biarlah. Again, aku tak suka dia, so biarlah bawak haluan masing-masing. Aku sekolah asrama sampai tingkatan 5. Dia? Tingkatan 3 then nak sekolah dekat rumah. Huh anak manja tak boleh sekolah jauh-jauh dengan family (aku agak je hehe). Dah kalau namanya tak duk asrama memang muka dia je la terpacak kat kampung tu.
 
Asal raya je, mesti akan wajib ada muka apek ni (dia selalu claim dia chinesse look, and again who care hahahahahaha) datang rumah aku tapi yang sedih x pernah pun nak bagi duit raya kat aku, choi. Eh datang beraya je kan, datang je la nak datang. Kisah pulak aku. Time tak raya pun datang jugak. Tau pulak tu bila aku cuti.
 
Then after SPM, aku sambung belajar dekat luar negeri selama setahun iaitu di Kolej Mara Kulim, luar jugak la dari negeri aku kan. Feeling-feeling study oversea. He? Ntah, pernah pulak aku kisah kan? Kawan-kawan yang lain pun aku tak ambil kisah inikan pula si apek ni. Memang tidaklah kan. haha
 
Then lepas setahun di luar negeri, aku sambung la pulak degree aku juga di luar negeri kali ini di IRELAND Selangor. where? UPM. He? of course la aku tak tahu. Apa yang aku tahu pasal dia? DIa hanya lah seorang lelaki yg pakai cermin mata+mata bersepet anak penyelia felda yang sungguh sombong dan berlagak (aku claim orang yang selain anak peneroka FELDA adalah orang yang bongkak dan takabbur hahaha gila punya impression, rasa berdosa pulak kehkehkeh)
 
Tapi masa di UPM tu adalah sekali sekala ter'msg' dia. pasal apa pulak ter?? Ntah saja-saja nak type 'ter' tu. dah nak type apa lagi kan. masa termsg tu baru la tau serba sedikit pasal dia. Eh tak tak, aku TAK tanya dia yang cerita. Kenapa pulak aku nak tanya pasal dia kan? Baik aku tanya pasal harimau ke, kuda belang ke, spongebob ke, mr crab ke ada jugak faedahnya kan..
 
Dipendekkan cerita yang memang dah sedia PENDEK ni, bulan 9 2010 (jangan tanya tarikh aku memang tak ingat) aku pergi la open house raya kawan aku kek Somban. Aku tau die belajar kek SOmban (dia bagitahu aku tak tanya pon). So.... Bersambung :P daaaaa~
 
 
 
 
 
 
 
 

Rezeki Allah

Apa yang datang dari Allah adalah rezeki untuk kita. Semoga kita bersangka baik dengan ketetapan Allah :)