Blogger news

Suami Punya Birthday

Assalamualaikum and Hi! :)

Alhamdulillah hari ni genap 25 tahun umur suami. aku punya 25 tahun dah lama lepas, 3 bulan lepas haha aku tuo dari suami dari segi umur tapi tahap keremajaan tu masih di paras yang membanggakan. muehehe sudah faizah sudah. Eh tapi betul, hari tu masa gi Politeknik Sabak bernam, sebab join company punya exhibition, ada student tegur I "dip apa" (actually dia nak tanya I amik course ape) haha. Sorry adik, akak datang join pameran jek. Owh adik2 sangat rasa masa tu. haha

TU bukan tujuan utama aku ngeup entry ni. Tujuan utama adalah untuk framekan kenangan-kenangan dengan suami tersayang sepanjang sambutan hari lahir dia yang kali pertama sebagai seorang suami, kali pertama disambut oleh seorang isteri. Mestila kali pertama dengan isteri. Aku bukan kawen dengan duda ye dok? hehehe Love u abg. kahkahkah

Sebenarnya kali pertama say YES to his proposal adalah pada 29oct2010. Setelah pelbagai usaha dilakukan oleh suami untuk mendapatkan seorang faizah. hahaha kene jual mahal beb, semahal mungkin. Mak ayah jaga kita, besarkan kita, beri makan minum pakaian, ilmu, duit untuk kita, bila dah besar xkan sewenang-wenangnya kita nak serah diri kita kat orang lain kan, yang kita baru kenal setahun dua, sebulan dua, sehari dua. No no no. Kena semahal mungkin. Tapi mahal bukan dari segi wang ringgit letak hantaran ribu riban. Tapi the way kita jaga diri kita, jaga adab, nama baik keluarga, maruah dsb.

Itu dah part lain dah tu. hahaha Nanti la lain kali aku cerita yang pasal proposal dari seorang suami untuk isteri dia. hehehehe

So seperti yang diketahui atau pun tak diketahui, 29 oct adalah ulangtahun kelahiran suami saya. Yeeaaaa dah sebaya! hahaha Pertama-tamanya, terima kasih arwah mak sebab lahirkan abang. Kalau mak tak lahirkan abg, mungkin akak x kawen dengan abg kan hiiii...Terima kasih mak abah sebab besarkan abg dengan sempurna, beri didikan agama, ilmu yang baik untuk abang. Abang baik mak, abang macam abah. Sama macam abah jage mak dulu, macam tu juga la abang jaga akak sekarang. Alhamdulillah ya Allah atas kurniaanMU kepada kami semua.

29 oct 2013 jatuh hari selasa. Seboleh mungkin nak ada dengan suami di hari-hari istimewa macam ni tapi tuntutan kerja mengahalang aku untuk menunaikan hasrat tersebut. So weekend hari tu aku balik kampung untuk membelanja suamiku yg muncit ni makan-makan. Aku cakap kat dia hadiah belum ada, kena tunggu gaji. So dapat belanja makan je. Yelah, takkan nak bagi hadiah kat suami kena minta duit suami hahaha tak pernah di buat orang. 

Sampai Segamat dekat kul 6 jalan-jalan kat One Segamat mall dulu. Ada sebab ajak suami gi situ haha sebab? nak ajak gi beli kad bday dengan kotak hadiah. Cakap kat suami, hadiah tak beli lagi beli kotak je dulu, tengokla nanti nak beli hadiah apa. hehe

Habis jalan-jalan, kitorang decide gi Pizza Hut since suami ngidam nak makan pizza. OMG ada baby ke dalam perut abg?? hahaha. Tapi singgah dulu beli kek SR 3 slices bawa gi PH.

One of the cakes (Absolute choclate) yummmy2!!!


Macam biasa la kalau date berdua dengan suami, kitorang macam tingtong sikit. buat hal sendiri hahaha bercerita, gelak ketawa, amik gambar, snap pic sendiri tanpa pedulikan keadaan sekeliling yang huru hara hahahaha. Dah nak buat macam mana, kitorang kena gunakan masa dengan sebaik mungkin. hehe

Makan jangan tak makan abg muncitssss

ni mengena namanya!! haha comotsss eeuwwww haha

ni namanya hukum karma hahaha


Oder pizza, spagetti, hot coffe and hot tea. Musim hujan baru layan minum air panas. Kurangkan air bergas bagai ni. Makan-makan, sembang-sembang, amik gambar. heaven! hehehe

Pastu dah, balik rumah mak metua kek muazam shah. Satu lagi nak cerita pasal hadiah suami. hehe

muka macam nothing happened tapi sebenarnya dah komplot dengan adik ipar hehe


Actually dah komplot dengan haziq, ade ipar yang no.2. mintak tolong dia belikan jam tali kulit sebab suami selalu cakap nak beli jam tali kulit. tali besi dah banyak. Lagi 1 haziq ni pandai ketuk toke kedai jam. Sehabis mungkin dia ketuk supaya dapat harga murah. Dah memang harga tu murah, toke tu letak harga mahal-mahal kan. Pernah dulu masa nak beli jam hantaran, kitorang bawa haziq ni jugak. Masa tu kat Melaka. Jam couple la. Harga 1 rm600, 2 dah rm1200 kan. Lari bajet dah tu. Haziq jalankan tugas die dengan baik dapatla rm400 seutas, boleh la. rm200 macam-macam lagi kita boleh beli kan. haha

2 minggu sebelum ni aku bagitahu haziq rancangan aku, dia on je. Memang gila jam dak uh. Aku bank in duit kat dia RM***. Siap warn dia beli yang within bajet je, jangan mahal-mahal. hahaha. Bukan kedekut tapi taknak membazir. hahahaha... apo la punyo bini kikikiki

so jumaat 25 oct tu haziq pun balik bawa jam sekali, siap sorok dalam almari baju mak lagi hahaha.. hari ahad pagi 27 oct masa tu suami nak mandi, cepat-cepat gi ambil jam dekat haziq. Masuk bilik, keluarkan jam, masukkan dalam kotak yang aku beli kek segamat, tulis kad laju-laju, jiwang-jiwang sikit pastu letak dala paper bag, buka almari, keluarkan barang-barang, letak beg, cover dengan barang-barang, siap SOROK!! haha. Siap kunci pintu bilik lagi. Setel! 

Dari hari sabtu sampai malam tadi selalu tanya dia takpe ke takde hadiah? takpe ke hadiah lambat. Suami cakap takde hadiah pun takpe, jumpa isteri pun dah dikire sebagai hadia. owhhh tacim! haha untungla gitu, jimat duit takyah beli hadiah, tunjuk muka je kat suami. haha.

Dalam pukul 11.50 mlm tadi, baru bagitahu suami ada hadiah untuk dia, tapi kena cari dulu dalam bilik tu. Kemain la suami cari. aku cakap kalau kul 12 tak jumpa jugak, esok je aku bagi tahu kat mana tempatnya hik3...

2 minit sebelum pukul 12 suami dah jumpa! YEaaaaa suami terror. hahahaha. Speechless kau. Sampai tak terkata. hehe Mula cakap thank you pastu diam pastu I Love u pastu diam pastu cantiknya Ya Allah pastu diam pastu jam ni memang taste abg pastu gelak. why aku cerita semua ni sebab suami adalah orang yang suka bercakap tak kire masa atau tempat boleh terkedu dan terkelu hanya kerana seutas jam tangan idamannya hehe. Me? of course la happy. Apa yang kita plan semua menjadi. Sebuah kejutan untuk suami tercinta. Bukan hadiah yang jadi ukuran tapi kasih sayang dan cinta yang jadi anugerahnya. :)


he likes you!!! haha


Alhamdulillah Allah permudahkan jalan untuk gembirakan suami.

Untuk suamiku dari isterimu dan bakal anak-anak kita, Kami ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA eh selamat hari lahir abang! yang ke-25!!!! semoga Allah terus merahmati abg, menjaga abg, membimbing abg ke JalanNYA. semoga Allah terus mengurniakan abg kesejahteraan dan kesihatan untuk abg sentiasa menjaga sy, membimbing sy, mengimamkn di setiap solat kita. Semoga Allah hadirkan kasih sayang dan cinta dalam diri kita untuk kita saling menyayangi, mencintai dan untuk kita alirkan rasa sayang dan cinta tu kepada anak-anak kita, ibubapa kita, keluarga kita dan saudara seislam dengan kita. Lastly, semoga abang kacak selalu ok! hehe.

baru rare. asyik bday cake je. sekali sekali pekena bday pizza hehehe
Sekian sahaja cerita daripada kami :) love u bakal anak-anak umi dan abah <3


Sehingga itu, wassalam :)


LOVE is CARE

Assalamualaikum and Hi !! :)

Semoga readers semua berada dalam redha Allah taala. Ok, sabtu ahad lepas, balik kampung jumpa suami. Suami oncall takleh datang Klang. Sebab rindu, sanggup redah hutan belantara panas hujan, kilat petir asalkan dapat jumpa suami, family, family in law. hehe

jumaat malam tu sampai kampung pukul 1am. balik rumah family dulu. sabtu petang tu family nak gi Johor so aku n suami pun pergi date kat Segamat. hehe Since bday husband 29th oct ni, so aku pun celebs la awal-awal. Hari Selasa aku di Klang, husband di Pahang. Acane nak celebs kan. so sambut awal la. hehe Suami tak minta tapi isteri kan degil nak jugak sambut. So belanja makan je la. (yang tu nanti aku cerita okeh!) heee =)

Sabtu malam tu pulak terus balik muazam rumah metua. Ada fil, mil, sil, and bil. masing2 tgh tercanak depan tv. kitorang sampai, rehat jap and join diorang tengok tv. Team bola husbnd and family LIVERPOOL on air. nasib menang..haha.

Ok, sebenarnya tajuk entry ni di ambil dari perbualan keluarga metua and aku masa pagi ahad tu. Masa sarapan kitorang akan spend time bersembang, bahan membahan, dan kena mengena antara satu sama lain. haha

Then fil ku tanya. Apa maksud cinta, sayang pada pandangan kitorang. Kitorang macam blurr je. Then Abah cakap kita selalu cakap kita sayang suami, sayang parents, sayang adik beradik, so apa yang kitorang maksudkan dengan perkataan SAYANG tu.

Suami jawab: bila kita cakap kita sayang, bukan sekadar kata2, tapi apa yang kita buat untuk tunjuk kasih sayang kita tu.

Adik ipar jawab: Bila dia sayang orang tu, di akan ada rasa rindu dengan orang tu (ceh jiwang budak hati kering nieh!! haha)

Aku jawab: Bila orang yang kita sayang disakiti orang lain, Kita akan turut rasa sakitnya. Kalau orang lain buat mak ayah kita sedih, kit rasa jugak sedih tu.

Well, kitorang tak tahu la jawapan kitorang ni kalau dalam exam berapa kan markah kitorang dapat tapi for sure bukan full mark! haha tapi abah takkan reject jawapan kitorang.

Abah cakap LOVE is CARE. Bila kita sayang orang tu, kita akan jaga dia. JAGA dalam konteks yang sangat luas. Jaga masa dia hidup dan jaga masa dia dah takde. Abah sayang arwah mak sangat-sangat. Abah jaga kubur arwah mak baik-baik. Abah balik kampung setiap bulan ziarah kubur arwah mak. Abah bersihkan kubur arwah mak. Abah tanam pokok atas kubur arwah mak. Abah sayang arwah mak dari dulu sampai bila-bila. Abah tak bagitahu tapi aku dapat rasa benda tu. Even sekarang abah dah ada isteri, tapi yang pertama tetap istimewa.

Abah nak anak-anak abah jaga kubur arwah mak sampai bila-bila. Abah tanya nanti bila abah takde, anak-anak abah akan jaga tak kubur abah. Suami dah sebak walaupun dia cover-cover. Ingat isteri dia tak perasan la tu. Suami bila masuk bab-bab mak ayah dia sensitif sikit walaupun tak tunjuk. 

Berbalik cerita tadi, apa yang aku dapat:

-cinta/ sayang bukan hanya kata-kata tapi perlu sekali dengan perbuatan.
-cinta/ sayangkan seseorang masa dia ada dan masa dia tiada.
-cinta/ sayang bukan bergantung pada masa-masa tertentu tapi setiap masa setiap saat
-cinta/ sayang ada aura tersendiri. Bila kita sayang orang seikhlas hati, orang tu juga akan zahirkan rasa yang sama.

Okay, tu jela setakat ni. hehe. Sementara aku masih ingat apa abah cerita semalam aku tulis kat sini hehe

Alhamdulillah walaupun tak kaya tak berharta Allah rezekikan aku suami, keluarga dan keluarga metua yang penuh dengan kasih sayang. Terima kasih ya Allah, suami dan keluarga.

Kiri: abah saya, abah metua, suami, saya, mak metua, adik ipar paling bongsu, mak saya
depan: wan metua hehe adik ipar no 4
 

Adik beradik saya! =)
belakang kiri:abg ipar and anak sedara, suami, saya, kakak sulong
depan kiri: adik no.3, adik no 5, adik no 6, adik no 4
Keluarga metua! :)
belakang kiri: suami, adik ipar no 3, adik ipar no 4, adik ipar no 2, saya
depan: abah metua, adik ipar bongsu no 5 and emak

Love Them so MUch.

Sehingga itu, wassalam. :)


Menjamu Perut dengan Secret Recipe

Assalamualaikum :)
Hi !!!!!

Lamenye tak ngeup entry di blog bucuk-bucuk nieh. Owh rindu sangat. Serindu kepada suami jugak hahaha Apa punya ayat ntah. Nak cakap yang rindu blog sama macam rindu suami tapi rindu suami lagi kuat. Suami kan. Bukan orang lain. (Kalau abang baca mesti terharu hehe)

Ntah kenapa perut rasa macam nak makan sesuatu. Sebenarnya tak sure perut ke, anak tekak ke mulut ke yang rasa nak makan. Tapi rasa nak makanla. Fiil aku ni lain macam sikit. Kalau duk sorang-sorang di perantauan, rasa nak makan tu nak makan ni mesti hold dulu. Sebab? Nak tunggu nak makan dengan suami. Mana best makan sorang-sorang. Ye dak? Tak feel lansung. haha

Suami dan aku adalah orang yang suka makan. Tapi suami lebih la kan. Kalau tak, takde la hari-hari ngomel tentang kemajuan perut dan kelebihan lemak yang ada kan. hehe. Abang jangan marah, gurau je k. Abg boncett pon tetap kacak hihi :)

hari tu gi secret recipe raikan gaji husband. haha gitu pun ada ke? Of course la kan. Gaji I simpan, gaji suami peghabeh. haha nope la, actually suami nak belanja. Dengan tahap teruja gila apa nak say NO kan. 

Destinasi: Secret Recipe AEON Bukit Tinggi, Klang. Aku ni trauma benonye kalau gi SR ni sebab asyik oder makanan je, mesti rasa dia ke laut. bihun tomyam and laksa sarawak. Takmo dah oder menu tu. Tapi on that day, husband suruh try Mee Curry, walaupun takut tak sedap tapi cuba gak la. Takkan nak minum je, orang nak belanja harusla kene paw lebih-lebih hehe.

Husband as usual his favourite, Nasi goreng Thai ke tomyam ntah. Aku men bedal je nama menu. Hafal pulak aku kan.

Dessert: Aiskrim, lovely!!

Air: hot honey lemon, yummy !! I am in love with honey. Super duper cool you know!! haha and7up

Motif letak gambar? bila terliur tengok gambar laju2 request nak makan yang ni lagi haha suka!


YUMMY YUMMY !!!!

HOT HONEY LEMON super HOT!!! haha

Suami makan makanan saya sobsss haha (Abang kenapa kacak sangat?? kan dah rindu balik huhu~ sape lagi nak puji suami kan hahaha :p)

Sehingga itu, Wassalam :)


Blog Untuk Luahan Hati

Assalamualaikum :)

Aku ni mula la kalau rasa tak best, sedih, down, kek sini la nak tulis semuanya. Blog hanya sebagai tempat luahan rasa tapi Allah tempat paling utama meluahkan segala rasa yang terpendam, bukan hanya masa sedih, kecewa, tapi masa bergembira dan bersuka ria jangan sampai lupa Allah.

Ya Allah, Rindu suami :'(

RINDU

Assalamualaikum :)

Hi kawan2, hi blog, hi suami, hi bakal2 anak umi... apa khabar awok2 semua? :) Lame weh tak ngeup sedas entri, terasa kelainan pulak bila lama tak berupdate dan terasa kerinduan dekat miss blog buchuk2 ni. 

Di saat menulis/ mentype karya ni (ceh xpayah nak karya2 bagai hehe) aku sedang dalam keadaan yang kerinduan teramat kepada suami. suami siapa? of kos la suami aku, apa kehe nak rindu suami orang kan? dosa weh dosa. Ngape le rindu sangat ni. Suami telah memandrem aku kah untuk sentiasa merindui dia? hik.

Since housemate aku tirah and seri ke jepun atas urusan kerja, aku pun telah berpura2 takut untuk tinggal sorang kek umah sewa so sepantas mungkin menggunakan sebaik mungkin teknik memujukrayu+menggoda suami untuk ambil cuti seminggu dan menemani isteri dia yang comel ni. Dipendekkan cerita yang memang pendek ni, CUTI LULUS!!! maka sudah seminggu suami aku tidak berkerja..haha jadi la MR MAMA kek umah sewa aku ni.

Suami ngemop rumah, memvaccum lantai, membasuh baju, menyidai baju, melipat baju manakala isteri hanya masak nasi, masak lauk, masak air dan basuh pinggan. Tau apa aku rasa? heaven!! haha

Anak2 umi mesti bangga ada abah macam ni kan. hehe Petang ni balik kampung untuk RAYA HAJI! syok wooo...


Sebenarnya nak bagitau RINDU kat suami je haha dekat pun rindu, jauh ape tah lagi kan. Tolong YA Allah, dekatkan aku dengan suamiku :) Ameen. Wassalam.