Blogger news

Menjamu Perut dengan Secret Recipe

Assalamualaikum :)
Hi !!!!!

Lamenye tak ngeup entry di blog bucuk-bucuk nieh. Owh rindu sangat. Serindu kepada suami jugak hahaha Apa punya ayat ntah. Nak cakap yang rindu blog sama macam rindu suami tapi rindu suami lagi kuat. Suami kan. Bukan orang lain. (Kalau abang baca mesti terharu hehe)

Ntah kenapa perut rasa macam nak makan sesuatu. Sebenarnya tak sure perut ke, anak tekak ke mulut ke yang rasa nak makan. Tapi rasa nak makanla. Fiil aku ni lain macam sikit. Kalau duk sorang-sorang di perantauan, rasa nak makan tu nak makan ni mesti hold dulu. Sebab? Nak tunggu nak makan dengan suami. Mana best makan sorang-sorang. Ye dak? Tak feel lansung. haha

Suami dan aku adalah orang yang suka makan. Tapi suami lebih la kan. Kalau tak, takde la hari-hari ngomel tentang kemajuan perut dan kelebihan lemak yang ada kan. hehe. Abang jangan marah, gurau je k. Abg boncett pon tetap kacak hihi :)

hari tu gi secret recipe raikan gaji husband. haha gitu pun ada ke? Of course la kan. Gaji I simpan, gaji suami peghabeh. haha nope la, actually suami nak belanja. Dengan tahap teruja gila apa nak say NO kan. 

Destinasi: Secret Recipe AEON Bukit Tinggi, Klang. Aku ni trauma benonye kalau gi SR ni sebab asyik oder makanan je, mesti rasa dia ke laut. bihun tomyam and laksa sarawak. Takmo dah oder menu tu. Tapi on that day, husband suruh try Mee Curry, walaupun takut tak sedap tapi cuba gak la. Takkan nak minum je, orang nak belanja harusla kene paw lebih-lebih hehe.

Husband as usual his favourite, Nasi goreng Thai ke tomyam ntah. Aku men bedal je nama menu. Hafal pulak aku kan.

Dessert: Aiskrim, lovely!!

Air: hot honey lemon, yummy !! I am in love with honey. Super duper cool you know!! haha and7up

Motif letak gambar? bila terliur tengok gambar laju2 request nak makan yang ni lagi haha suka!


YUMMY YUMMY !!!!

HOT HONEY LEMON super HOT!!! haha

Suami makan makanan saya sobsss haha (Abang kenapa kacak sangat?? kan dah rindu balik huhu~ sape lagi nak puji suami kan hahaha :p)

Sehingga itu, Wassalam :)


Post a Comment