Blogger news

LOVE is CARE

Assalamualaikum and Hi !! :)

Semoga readers semua berada dalam redha Allah taala. Ok, sabtu ahad lepas, balik kampung jumpa suami. Suami oncall takleh datang Klang. Sebab rindu, sanggup redah hutan belantara panas hujan, kilat petir asalkan dapat jumpa suami, family, family in law. hehe

jumaat malam tu sampai kampung pukul 1am. balik rumah family dulu. sabtu petang tu family nak gi Johor so aku n suami pun pergi date kat Segamat. hehe Since bday husband 29th oct ni, so aku pun celebs la awal-awal. Hari Selasa aku di Klang, husband di Pahang. Acane nak celebs kan. so sambut awal la. hehe Suami tak minta tapi isteri kan degil nak jugak sambut. So belanja makan je la. (yang tu nanti aku cerita okeh!) heee =)

Sabtu malam tu pulak terus balik muazam rumah metua. Ada fil, mil, sil, and bil. masing2 tgh tercanak depan tv. kitorang sampai, rehat jap and join diorang tengok tv. Team bola husbnd and family LIVERPOOL on air. nasib menang..haha.

Ok, sebenarnya tajuk entry ni di ambil dari perbualan keluarga metua and aku masa pagi ahad tu. Masa sarapan kitorang akan spend time bersembang, bahan membahan, dan kena mengena antara satu sama lain. haha

Then fil ku tanya. Apa maksud cinta, sayang pada pandangan kitorang. Kitorang macam blurr je. Then Abah cakap kita selalu cakap kita sayang suami, sayang parents, sayang adik beradik, so apa yang kitorang maksudkan dengan perkataan SAYANG tu.

Suami jawab: bila kita cakap kita sayang, bukan sekadar kata2, tapi apa yang kita buat untuk tunjuk kasih sayang kita tu.

Adik ipar jawab: Bila dia sayang orang tu, di akan ada rasa rindu dengan orang tu (ceh jiwang budak hati kering nieh!! haha)

Aku jawab: Bila orang yang kita sayang disakiti orang lain, Kita akan turut rasa sakitnya. Kalau orang lain buat mak ayah kita sedih, kit rasa jugak sedih tu.

Well, kitorang tak tahu la jawapan kitorang ni kalau dalam exam berapa kan markah kitorang dapat tapi for sure bukan full mark! haha tapi abah takkan reject jawapan kitorang.

Abah cakap LOVE is CARE. Bila kita sayang orang tu, kita akan jaga dia. JAGA dalam konteks yang sangat luas. Jaga masa dia hidup dan jaga masa dia dah takde. Abah sayang arwah mak sangat-sangat. Abah jaga kubur arwah mak baik-baik. Abah balik kampung setiap bulan ziarah kubur arwah mak. Abah bersihkan kubur arwah mak. Abah tanam pokok atas kubur arwah mak. Abah sayang arwah mak dari dulu sampai bila-bila. Abah tak bagitahu tapi aku dapat rasa benda tu. Even sekarang abah dah ada isteri, tapi yang pertama tetap istimewa.

Abah nak anak-anak abah jaga kubur arwah mak sampai bila-bila. Abah tanya nanti bila abah takde, anak-anak abah akan jaga tak kubur abah. Suami dah sebak walaupun dia cover-cover. Ingat isteri dia tak perasan la tu. Suami bila masuk bab-bab mak ayah dia sensitif sikit walaupun tak tunjuk. 

Berbalik cerita tadi, apa yang aku dapat:

-cinta/ sayang bukan hanya kata-kata tapi perlu sekali dengan perbuatan.
-cinta/ sayangkan seseorang masa dia ada dan masa dia tiada.
-cinta/ sayang bukan bergantung pada masa-masa tertentu tapi setiap masa setiap saat
-cinta/ sayang ada aura tersendiri. Bila kita sayang orang seikhlas hati, orang tu juga akan zahirkan rasa yang sama.

Okay, tu jela setakat ni. hehe. Sementara aku masih ingat apa abah cerita semalam aku tulis kat sini hehe

Alhamdulillah walaupun tak kaya tak berharta Allah rezekikan aku suami, keluarga dan keluarga metua yang penuh dengan kasih sayang. Terima kasih ya Allah, suami dan keluarga.

Kiri: abah saya, abah metua, suami, saya, mak metua, adik ipar paling bongsu, mak saya
depan: wan metua hehe adik ipar no 4
 

Adik beradik saya! =)
belakang kiri:abg ipar and anak sedara, suami, saya, kakak sulong
depan kiri: adik no.3, adik no 5, adik no 6, adik no 4
Keluarga metua! :)
belakang kiri: suami, adik ipar no 3, adik ipar no 4, adik ipar no 2, saya
depan: abah metua, adik ipar bongsu no 5 and emak

Love Them so MUch.

Sehingga itu, wassalam. :)


No comments: