Blogger news

Suami Punya Birthday

Assalamualaikum and Hi! :)

Alhamdulillah hari ni genap 25 tahun umur suami. aku punya 25 tahun dah lama lepas, 3 bulan lepas haha aku tuo dari suami dari segi umur tapi tahap keremajaan tu masih di paras yang membanggakan. muehehe sudah faizah sudah. Eh tapi betul, hari tu masa gi Politeknik Sabak bernam, sebab join company punya exhibition, ada student tegur I "dip apa" (actually dia nak tanya I amik course ape) haha. Sorry adik, akak datang join pameran jek. Owh adik2 sangat rasa masa tu. haha

TU bukan tujuan utama aku ngeup entry ni. Tujuan utama adalah untuk framekan kenangan-kenangan dengan suami tersayang sepanjang sambutan hari lahir dia yang kali pertama sebagai seorang suami, kali pertama disambut oleh seorang isteri. Mestila kali pertama dengan isteri. Aku bukan kawen dengan duda ye dok? hehehe Love u abg. kahkahkah

Sebenarnya kali pertama say YES to his proposal adalah pada 29oct2010. Setelah pelbagai usaha dilakukan oleh suami untuk mendapatkan seorang faizah. hahaha kene jual mahal beb, semahal mungkin. Mak ayah jaga kita, besarkan kita, beri makan minum pakaian, ilmu, duit untuk kita, bila dah besar xkan sewenang-wenangnya kita nak serah diri kita kat orang lain kan, yang kita baru kenal setahun dua, sebulan dua, sehari dua. No no no. Kena semahal mungkin. Tapi mahal bukan dari segi wang ringgit letak hantaran ribu riban. Tapi the way kita jaga diri kita, jaga adab, nama baik keluarga, maruah dsb.

Itu dah part lain dah tu. hahaha Nanti la lain kali aku cerita yang pasal proposal dari seorang suami untuk isteri dia. hehehehe

So seperti yang diketahui atau pun tak diketahui, 29 oct adalah ulangtahun kelahiran suami saya. Yeeaaaa dah sebaya! hahaha Pertama-tamanya, terima kasih arwah mak sebab lahirkan abang. Kalau mak tak lahirkan abg, mungkin akak x kawen dengan abg kan hiiii...Terima kasih mak abah sebab besarkan abg dengan sempurna, beri didikan agama, ilmu yang baik untuk abang. Abang baik mak, abang macam abah. Sama macam abah jage mak dulu, macam tu juga la abang jaga akak sekarang. Alhamdulillah ya Allah atas kurniaanMU kepada kami semua.

29 oct 2013 jatuh hari selasa. Seboleh mungkin nak ada dengan suami di hari-hari istimewa macam ni tapi tuntutan kerja mengahalang aku untuk menunaikan hasrat tersebut. So weekend hari tu aku balik kampung untuk membelanja suamiku yg muncit ni makan-makan. Aku cakap kat dia hadiah belum ada, kena tunggu gaji. So dapat belanja makan je. Yelah, takkan nak bagi hadiah kat suami kena minta duit suami hahaha tak pernah di buat orang. 

Sampai Segamat dekat kul 6 jalan-jalan kat One Segamat mall dulu. Ada sebab ajak suami gi situ haha sebab? nak ajak gi beli kad bday dengan kotak hadiah. Cakap kat suami, hadiah tak beli lagi beli kotak je dulu, tengokla nanti nak beli hadiah apa. hehe

Habis jalan-jalan, kitorang decide gi Pizza Hut since suami ngidam nak makan pizza. OMG ada baby ke dalam perut abg?? hahaha. Tapi singgah dulu beli kek SR 3 slices bawa gi PH.

One of the cakes (Absolute choclate) yummmy2!!!


Macam biasa la kalau date berdua dengan suami, kitorang macam tingtong sikit. buat hal sendiri hahaha bercerita, gelak ketawa, amik gambar, snap pic sendiri tanpa pedulikan keadaan sekeliling yang huru hara hahahaha. Dah nak buat macam mana, kitorang kena gunakan masa dengan sebaik mungkin. hehe

Makan jangan tak makan abg muncitssss

ni mengena namanya!! haha comotsss eeuwwww haha

ni namanya hukum karma hahaha


Oder pizza, spagetti, hot coffe and hot tea. Musim hujan baru layan minum air panas. Kurangkan air bergas bagai ni. Makan-makan, sembang-sembang, amik gambar. heaven! hehehe

Pastu dah, balik rumah mak metua kek muazam shah. Satu lagi nak cerita pasal hadiah suami. hehe

muka macam nothing happened tapi sebenarnya dah komplot dengan adik ipar hehe


Actually dah komplot dengan haziq, ade ipar yang no.2. mintak tolong dia belikan jam tali kulit sebab suami selalu cakap nak beli jam tali kulit. tali besi dah banyak. Lagi 1 haziq ni pandai ketuk toke kedai jam. Sehabis mungkin dia ketuk supaya dapat harga murah. Dah memang harga tu murah, toke tu letak harga mahal-mahal kan. Pernah dulu masa nak beli jam hantaran, kitorang bawa haziq ni jugak. Masa tu kat Melaka. Jam couple la. Harga 1 rm600, 2 dah rm1200 kan. Lari bajet dah tu. Haziq jalankan tugas die dengan baik dapatla rm400 seutas, boleh la. rm200 macam-macam lagi kita boleh beli kan. haha

2 minggu sebelum ni aku bagitahu haziq rancangan aku, dia on je. Memang gila jam dak uh. Aku bank in duit kat dia RM***. Siap warn dia beli yang within bajet je, jangan mahal-mahal. hahaha. Bukan kedekut tapi taknak membazir. hahahaha... apo la punyo bini kikikiki

so jumaat 25 oct tu haziq pun balik bawa jam sekali, siap sorok dalam almari baju mak lagi hahaha.. hari ahad pagi 27 oct masa tu suami nak mandi, cepat-cepat gi ambil jam dekat haziq. Masuk bilik, keluarkan jam, masukkan dalam kotak yang aku beli kek segamat, tulis kad laju-laju, jiwang-jiwang sikit pastu letak dala paper bag, buka almari, keluarkan barang-barang, letak beg, cover dengan barang-barang, siap SOROK!! haha. Siap kunci pintu bilik lagi. Setel! 

Dari hari sabtu sampai malam tadi selalu tanya dia takpe ke takde hadiah? takpe ke hadiah lambat. Suami cakap takde hadiah pun takpe, jumpa isteri pun dah dikire sebagai hadia. owhhh tacim! haha untungla gitu, jimat duit takyah beli hadiah, tunjuk muka je kat suami. haha.

Dalam pukul 11.50 mlm tadi, baru bagitahu suami ada hadiah untuk dia, tapi kena cari dulu dalam bilik tu. Kemain la suami cari. aku cakap kalau kul 12 tak jumpa jugak, esok je aku bagi tahu kat mana tempatnya hik3...

2 minit sebelum pukul 12 suami dah jumpa! YEaaaaa suami terror. hahahaha. Speechless kau. Sampai tak terkata. hehe Mula cakap thank you pastu diam pastu I Love u pastu diam pastu cantiknya Ya Allah pastu diam pastu jam ni memang taste abg pastu gelak. why aku cerita semua ni sebab suami adalah orang yang suka bercakap tak kire masa atau tempat boleh terkedu dan terkelu hanya kerana seutas jam tangan idamannya hehe. Me? of course la happy. Apa yang kita plan semua menjadi. Sebuah kejutan untuk suami tercinta. Bukan hadiah yang jadi ukuran tapi kasih sayang dan cinta yang jadi anugerahnya. :)


he likes you!!! haha


Alhamdulillah Allah permudahkan jalan untuk gembirakan suami.

Untuk suamiku dari isterimu dan bakal anak-anak kita, Kami ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA eh selamat hari lahir abang! yang ke-25!!!! semoga Allah terus merahmati abg, menjaga abg, membimbing abg ke JalanNYA. semoga Allah terus mengurniakan abg kesejahteraan dan kesihatan untuk abg sentiasa menjaga sy, membimbing sy, mengimamkn di setiap solat kita. Semoga Allah hadirkan kasih sayang dan cinta dalam diri kita untuk kita saling menyayangi, mencintai dan untuk kita alirkan rasa sayang dan cinta tu kepada anak-anak kita, ibubapa kita, keluarga kita dan saudara seislam dengan kita. Lastly, semoga abang kacak selalu ok! hehe.

baru rare. asyik bday cake je. sekali sekali pekena bday pizza hehehe
Sekian sahaja cerita daripada kami :) love u bakal anak-anak umi dan abah <3


Sehingga itu, wassalam :)


No comments: