Blogger news

Hadiah Comel dari Suami yang Kacak

Assalamualaikum 

Sebab lama tak menulis, so banyak sangat benda yang aku nak tulis. Lain cerita lain tajuk kan hehe So jangan tanya kenapa sehari nak ngeup entry banyak2 hahaha...

2 minggu lepas turn aku balik jumpa suami. Best! Sebab? hahaha kenapa pulak tak best kan kalau jumpa suami. Hilang segala masalah, tekanan hidup di bandar dan sebagainya hahaha. takyah nak poyo sangat la kau.

As usual, suka balik jumpa suami sebab nanti dapat hadiah comel2 dari suami. Tapi tu antara sebab ke-100 la kenapa nak jumpa suami. Sebab 1-99 adalah sebab sayang cinta rindu wakakakaka Betul ni, tak tipu :p

So aku sampai rumah dalam kul 11. Petang tu suami dah bagitahu ada benda dia nak bagi kat aku. Excited gila kot. Mana taknya! hahaha orang nak bagi barang takkan nak nangis lak kan. Aku tanya suami nak bagi apa, dia cakap rahsia. Benci!!! sekarang suami dah tahan godaan untuk tidak membocorkan kejutannya. Kalau tak, pantang goda sikit mesti terus bagi tahu apa dia beli. Takpe. U win dear hahahaha

Tadaaaa!!! setelah menahan kesabaran nak tahu dapat apa, akhirnya dapat jugak nieh!!! hahaha comel ok pembalut n surat cinta tu. Eh pembalut n surat je comel?? hahaha mestila. dah aku belum tau apa isinye..ye dok???

hahaha sape cakap tak comel, sila cakap dalam hati je ok. Sebab bekas makanan ni sangat comel. Inilah benda comel yg ada dalam pembalut comel tu hahaha comel kan. Leh bawak bekal gi keja dengan hati girang. Bekas air pon suami belikan sebab warna purple match dengan bekas makanan. hehe LOVE YOU lah abg!!! hehe


Sekarang boleh la nk beli benda2 comel macam ni. Nanti dah ada anak berebut la dengan anak. Silap2 tertukar bekal pagi2. Anak bawak bekal aku gi sekolah, aku bawak bekal anak gi tempat kerja hahaha. Mujur tertukar ngan anak. Kalau suami pulak yang bedal bekal kitorang camno?? hahahaha

apa2 pun, terima kasih suami untuk hadiah yang comel ni. next hadiah please. hahahaha gurau jek!

Tu je la hari ni. hehehe 

Wassalam.

No comments: