Blogger news

Melancong Ke Medan, Indonesia (Day 2,3)

assalamualaikum :)

Ok, seperti yang dijanjikan, aku akan cuba habiskan cerita perjalananku ke Medan ini dengan jayanya. Tolong baca sampai habis yep anak-anak umi sekalian haha Rentetan daripada entry ini, makanya aku harus habiskan semua cerita di Medan sementara ada masa free ni.

ok, jom ikut pengembaraan Upinipin anakalam ni ke Medan pada hari ke dua di lake toba. hari ke dua adalah hari yang paling menarik, seronok, teruja, dan meletihkan haha 

kan malam tu aku and the geng dah check in kat hotel lake toba ni, so pagi-pagi terus ZZzzaaaassss ke restaurant hotel ni untuk breakfast. lapar kot. Malam tu tak makan sebab terlalu mengantuk and terus tidur dengan masyuknyeee. So bila sampai masa untuk bersarapan, haruslah ambil kesempatan mengisi perut dengan terbilangnya. kena makan banyak beb, sebab masih jauh lagi perjalanan hari ni.

Menu dekat restaurant ni tak banyak pon, ada nasi goreng, bihun goreng, dan mee ala2 maggie goreng. haa nampak banyak kan? tapi rasa semuanya sama. perencah yang sama, yang bezanya cuma nasi, bihun, mee. Walaupun menu tak segah dan tak sebanyak menu di kebanyakkan hotel2 di malaysia, aku harus terima hakikat yang aku kini berada bukan di malaysia. perutku amat memahami situasi dan keadaan semasa, so aku pun makan la apa yang ada depan aku. 

tengah-tengah que nak ambil makanan, ada sorang akak ni tegur aku. eh dia cakap malay tau! so kesimpulan dia orang malaysia haha sembang-sembang la ngan akak ni. rupanya dia dengan family dia datang medan untuk bercuti. die kerja dekat putrajaya. sambil ambil makanan sambil sembang, sudahnya pinggan aku penuh dengan makanan. Macam tu la kesannya akibat dari perbuatan di bawah paras sedar hahaha aku habiskan la jugak makanan tu and of kos la kenyang kan..


Lepas makan tu, bergambar jap dengan suami dekat restaurant tu sebab view dia SUBHANALLAH cantik sangat. Memang cantik la. Jap-jap, aku letak gambar yep.







Pemandangan yang cantik, bukan kitorang dua orang. tapi xde gambar pemandangan. Yang ada pemandangan dan kami hahaha so korang hadap je la gambar kitorang okeh. haha

Lepas tu kitorang kena turun bawah untuk ke bot. Bot ni akan bawa kitorang ke Pulau Samosir. Dekat pulau tu ada kawasan perkampungan suku kaum batak, kawasan bershopoing dan makam raja Batak.

Sebelum sampai ke bot, harus snap gambar dulu kan.





Dah naik feri tu kene bergambar la kan. Wajib!




Then nampak tak dalam gambar kat bawah ni tulis PULAU SAMOSIR. sape nampak dia terror. sape tak nampak, tanya kat orang yang nampak keh :)

 

Bila dah nampak pulau samosir ni, maknanya kita hampir sampai dah ye akak2 abang2 sekalian. legaaaa... air tasik kemain kuat macam ombak. gayat mak cik ni duk dalam feri tu. tak sabar nak pijak tanah balik. haha
Ni tourist guide kumpulan pelancong dari Acheh. Kitorang tumpang sekaki la dengar apa yang dia nak cerita pasal makam and salah silah keturunan Raja Batak. Aku tak kenal weh sape raja2 batak ni. So aku dengar2 gitu2 jela hahaha tapi akak ni lawak la. Selalu kena sakat dengan pakcik2 dari Acheh tu. Gatal gila! hahaha

Ni la saat paling2 ditunggu2..hahaha shopping!!! sebab ada banyak jual barang2 kat sini. Kat bawah tangga tu. Macam pasar la. Barang murah jugak la. Sebab tu sakan gila aku membeli belah. hahaha habis semua ahli keluarga ngan keluarga metua aku dapat cenderahati dari kitorang hehehe Alhamdulillah :)

Please gambar suami takde!! ini tak boleh jadi. hahaha sebab gambar semua dalam fon suami :p okeh, to be fair nanti nak tepek gambar suami besar2. hehe eh, suke hati kitelah, blog kite.hahahahaha

Okay la, dah tamat part Pulau Samosir. Lepas kitorang balik seberang sana, then teruskan perjalanan ke ke ke ke.....(hilang memori) -_- padahnya kalau biarkan blog tak ber hapdet!! sebenarnya next tempat tu kitorang pergi tempat jual teh sedap. Sedap ke tak ke jangan tanya aku. wakakakaka aku tak rasa pun. tempat tu cantik tapi kehalalannya tak dapat dipastikan. So aku gi sana just untuk bergambar je. Pemandangan cantik :)



 
Next pulak Air terjun tertinggi di abad ini. pon tak ingat nama air terjun ni. hahaha. maafkan sy maafkn sy :)


Lepas tu terus turun ke Bandar Medan. Cari hotel dekat situ sebab senang esoknya dah nak balik, kena cari hotel dekat dengan airport la kan. This hotel macam ok2 la. hahaha. ok la kot. 'Green Garden Hotel'



Al kisah. bawa iron tapi plug 3 mata tak leh cucuk sebab sana pakai 2 mata je. Alternati di ambil oleh suami hahaha hampar bawah tilam haha berat kot tilam nieh!!



Esoknya hari ke-3, balik!! flight pukul 2. so ada banyak masa lagi. apa lagi habiskan duit yang ada la hahaha aku beli telekung, kain pasang, kain pelekat. Tak yah gambar lah. ye dok?? haha

Last destinantion before airport, is SOGO!! SOGO Medan hehe


Okay, dah boleh balik. hehe. Pergi 2 beg, balik berbeg2!! haha..biasa!!!
Banyak beg baaaang..hahaha barang sapa ntah banyak macam nieh..aishhhh

 Haha, overall ok la vacation ni. Sebab bawa duit lebih. Kalau pergi tangan kosong macam tak best la kan. tempat shopping kot kat sini hehe. Banyak benda dah lupa. Cerita je apa yang ingat hahaha...Boleh la kalau nk jeleskan anak2 nanti hehehe

Till then, take care :)
Wassalam.
 
Post a Comment