Blogger news

Result PMR Keluar!!!

Assalamualaikum :)

Perlu mukaddimah? tak? ok. proceed. Hari ni result PMR keluar eh? Tahniah adik2 yang berjaya. and pada yg kurang berjaya jangan sedih. Perjalanan untuk mencapai kejayaan masih jauh dan sentiasa terbuka.

Saje nak share kat sini kisah aku masa ambil keputusan PMR dulu. Masa tu tahun 2003. tarikh tak ingat hahaha. Memang tak boleh tidur la kate kau. Berdebar kot nk gi amik result. Ntah berapa A la dapat kan. Seingat aku masa Exam PMR hari tu subjek paling susah  sains and sejarah. So aku target 7A je la. hehe.

Kang target lelebih kang tak dapat menonggeng kt sekolah tu. Aku dah plan nak puasa masa hari result keluar. hehe tak tau pasaipa nak puasa. Nak halang syaitan dan iblis hasut bukan2 kot. hehe

Tak salah masa tu hari rabu. Mak n abah aku nak ikut amik result. Ok la  kan. Kalau tak, aku nak pergi ngan sape. Mula memang taknak diorang ikut sebab takut dapat A sikit hehehe. Tapi takpe la. Redha je mana yang dapat nanti kan. Adik aku ajak kawan dia sebelah rumah ikut. Masa tu umur adik aku 7 tahun, jiran aku tu pulak 9 tahun. Ada sebab aku cerita pasal jiran aku tu hehe Ja'a nama dia.

Kitorang gerak dari rumah takde la awal sangat. Kul 10 lebih cam tu. Malas nak gi awal2 sebab taknak menunggu kat sana. Sekolah aku (SMKA Pahang) dekat je dengan rumah. setengah jam je pun. 

Masa dah nak sampai tu abah aku singgah petronas isi minyak. adik aku ngan ja'a ni gi beli aiskrim. Masuk dalam kereta, ja'a pelawa aku aiskrim dia. aku taknak sebab tengah takut nk tengok result mana selera nak makan pape. ye dak? Kali kedua dia pelawa. Aku mcm 'alahai kesian dak ni, seungguh2 pelawa'. Aku amik la sesudu aiskrim die, masuk mulut,tak sempat telan aku menjerit. 'Puasa'!! hahahaha punya la lupa. nervous punya pasal. Ja'a muka dah bersalah gila. takut pose aku batal sebab dia.

Nasib masa tu dah masuk kawasan sekolah. terus pi tandas kumur2. haha. Lepas tu baru perasan ada banner tulis "tahniah, calon PMR 2003 LULUS 100%" aku pun, wowww!! tak de yang fail even bahasa arab sekalipun. Amazing!! Alhamdulillah untuk sekolahku tercinta.

Aku cari kawan2 aku, sebab tak tahu cikgu bagi result kat mana. Dah jumpa tu, untuk kelas aku, cikgu suruh masuk dalam bilik meeting. cikgu suruh beratur. masa tu bukan guru kelas aku. Cikgu fizah yang bagi. Aku pernah belajar geografi dengan dia.

Sejuk tangan2 aku. haha. gelabah tol. Cikgu pulak saje taw kasi lambat2. aku ngn kawan2 tak senang duduk dah. Mane taknye, tak tahu lagi result berapa. Eh, dah kenapa ngah type entry ni rase menggigil jugak??? wakakakaka penangan betul nostalgia masa silam hehe...

Then cikgu start bagi. ayat cikgu simple je. "Tahiah,9A, tahniah 8A"..kawan2 yang depan aku majority 9A. seorang dua je yang 8A. Aku memang la target bukan 9A tapi kalau dapat pun apa salahnye hahaha.. Sampai turn aku, aku tengok cikgu. cikgu tengok aku. waaaaaaa noervouse laaaa....benci tau rase cam ni hehe please laaaa... target 7A, tapi kawan2 ramai dapat 9A. aku pun nak jugak. hahaha usaha tak seberapa nak dapat lebih2. kikikiki...(bersambung...)


























































































































^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
hahaha mana boleh bersambung kan. kena habiskan cerita. sebab aku pun ngah berdebar ni. padahal dah 10 tahun kejadian ni berlaku kan.
 
ok la sambung. bila aku tengok cikgu, cikgu tengok aku. cikgu pun cakap "tahniah, 9A" waaaaaaaaaaaaaaa. aku peluk salam peluk cium cikgu. Alhamdulillah. Hadiah untuk mak ayah aku. hehehe...
 
Kat luar aku gi kat parents aku, aku cakap 9A. diorang tak caye. sobsss hahaha aku tunjuk slip, pastu mak aku peluk aku. hehe Abah aku pun senyum je. suke la tuuu hehehe... Pastu masa nak balik gi kat kereta tu, jumpa sape2 sume orang cakap tahniah. aikk diorang tau ke aku dapat 9A??? hehe aku pelik tapi aku bersangka positif. Mungkin ucapan tahniah sebab aku warga SMKAP yang dah lulus 100% kot. 
 
 
 
 
 (Batch mate aku. 2001-2005)
 
 Class mate aku, tahun 2003 (3 Al-biruni). Ada 31 orang. 27 9A, 4 8A. Tahniah! Ada yang dah jadi doktor, jurutera, pakar mata, cikgu, aku? perunding alam sekitar. hehe Alhamdulillah dengan perancanganMu ya Allah


Terima kasih ya Allah untuk semua rezeki mu padaku, ibubapaku, keluargaku, guru2ku, dan sekolahku. Semoga kami sentiasa di bawah rahmatMu ya Allah. Amin ya Rab.
Post a Comment