Blogger news

Melancong Ke Medan, Indonesia (Day 1)

Assalamualaikum :)

Selamat pagi, semoga kita semua sihat-sihat hendaknya keh. and please ceria-ceria selalu, senyum sokmo, jangan stress-stress yep.

Seperti yang diniatkan dari awal tentang penubuhan blog ni, adalah untuk menyimpan semua cerita-cerita yang berlaku dalam hidup aku dan orang sekeliling supaya nanti 10 tahun akan datang aku boleh baca, suami boleh baca, anak-anak boleh baca. pastu anak-anak dah baca request pulak kan nak g medan jugak. haha.. So biarlah aku cerita semua kat blog aku ni. Dah memang tugas seorang blog untuk simpan cerita orang kan. hehe

Aku kerja dengan company ni almost 2 years. company kecik so dah macam family la kitorang. boss pulak suka melancong ni. Tahun lepas kitorang g Bandung, still indonesia. maybe murah kot hehe. Tak pe, as long as pergi tengok negara orang kan. tahun lepas aku tak kawin lagi, and kawan aku tak tunang lagi so kitorang g ngn family boss je la.

tapi tahun ni, aku dah kawen, kawan aku dah tunang. so boss angkut je semua g sekali haha takpe, dia support, takkan nak tolak kot kan. rugi beb haha

so 20-22 sept tu kitorang g la Medan. naik fire fly kat airport subang. sebab survey mase nak book tiket tu firefly lagi murah dari air asia.

Dari subang ke Kuala Namu international airport dekat je. Memang dekat ah, x sampai sejam kalau naik flight. kalau naik kereta aku tak tahu. maybe tak sampai kot haha sebab tenggelam dalam air hehe...

ni airport baru, bukak awal september, belum rasmi lagi. bagi aku rasmi la haha


Aku gerak dalam 1.30 macam tu then sampai sane dalam 2.30. Bese la kan prosedur imigresen pe semua, ambil beg, keluar-keluar ada orang tunggu sambil pegang kertas tulis nama boss aku. Yela diorang mana kenal boss aku kan. kang salah orang tak memasal kan. 

untuk travel agency ni, ada sorang tourist guide sorang driver. Dia provide van untuk kitorang since kitorang ada 10 orang kan. Van ok la, so so. Nak selesa memang tak dapat la, tapi boleh la untuk nak bergerak ke sana sini hehe

Ni la van nya. Yang pakai baju hijau semua staff company aku. (company aku???) hahahaha baju belang2 tu suami aku, baju hitam tu tunang kawan aku. jelas bapak2 ibu2? haha
Tourist guide (TG) dah inform yang kitorang akan terus ke lake toba untuk tido dekat sana. sebab esok pagi-pagi kitorang akan ke Pulau Samosir. Boss tanya jauh tak airport ke lake toba. TG pon jawan ilek2 je 4JAM!!!! gile kau. sakit la pinggang duk dalam van nieh! mula-mula ok la boleh senyum-senyum sebab ikut highway tapi highway nye x sampai sejam. Yang lain sume jalan kampung... tapi ok lagi la sebab view dia cantik. Sekali masuk kawasan tanah tinggi, jalan pusing-pusing, terhentak-hentak aku sebab jalan lubang-lubang. dugaan... 

Sebelum sampai lake toba dia singgah la tempat makan. Lapar kot. dah la perjalanan jauh lagi.

Rumah Makan Sempurna

 Menu dia tak banyak tapi kena la dengan selera orang melayu kan. ada soto, gado-gado, mee goreng, nasi goreng, murtabak, satay. aku makan soto. aku ingat same soto sini dengan malaysia.

Ni soto medan. Kuah dia nampak mcm sup kan, tapi tak. Dia macam ada santan and SEDAP! Siyes. tambah ngan sambal dia pergghhhh berair mata sebab pedas haha

Makanan orang lain??? takde! even makanan suami pun aku tak ambil gambar haha. sebab makanan aku sampai dulu. so aku makan dulu sebab nanti sejuk. makanan diorang sampai masa aku tengah makan dengan gelojohnya. Mana sempat nak ambil gambar haha...

so bila dah siap makan, kitorang teruskan perjalanan ke lake toba. odw tu singgah la kat kedai tempat jual-jual makanan yang popular di Medan ni, nama dia 'tang2 ting2 tong2' (haha yeke tak ntah tapi lebih kurang cam tu la dia sebut). Sebab aku jenis cerewet takde tanda halal, aku tak beli pape pon w.p toke tu bagitau tu org islam punye produk.

Ni la kedainya. barang banyak tapi satu pun tak beli. Sebab kebanyakannya kat malaysia pun ade

Waktu ni dah pukul 6.30 waktu sana. tempatan 7.30 and dah masuk magrib pun. Nak ke lake toba ada lagi 2 JAM!!!! nangis :'( bila nak sampai, nak jumpa tilam ngn bantal. siyes letih tapi best! hehe

Jalan nak ke sana tak yah cerita la. tapi aku cerita jugak haha. bengkang bengkok, jalan kecik, rosak, berlubang tapi respect 1 je, driver kat sana semua cekap-cekap and bertimbang rasa. Diorang lebih banyak guna hon dari guna signal. haha tapi guna hon bukan nak sound orang ke apa, tapi sebab nak bagi kenderaan lain especially moto alert kat kenderaan dia ni. you know traffic kat indon like what kan. tetibe insaf, bersyukur duk kat malaysia hehe :D


Finally!!!! dah sampai tempat yang di tujui. Lake Toba International Cottage. Cantik tempat ni, betul-betul sebelah tasik kitorang punya balkoni bilik. Perghhh perghhh view dia toksah cita baq hang. Ngan sejuknyeee....I sukeeee haha

ehsan google. tak ambil gambar hotel sobsss
Ni je yang aku snap haha choiii je rasa, gelap lak tu. takpe, janji ada kenangan :p

Bilik kitorang yang menghadap air dekat dengan bot tu. Nampak tak yang atas sekali tu, tu swimming pool+restaurant hotel tu. wifi cuma boleh access kat situ je. kt bilik tak boleh. suhu kat kawasan tu aku tak tau la berapa sebab sangat sejuk and lake toba ni kedudukan dia sangat tinggi dari paras laut (berapa aku tak ingat, sorry). Bilik pulak dia punya plug semua yang jenis 2 mata tu. bateri fon dah nyawa2 ikan dah. terpaksa berjimat sebab camera tak bawak!!! lagi sedih haha Malam tu, rehat-rehat and terus membuta sebab esok jauh lagi perjalanannya hehe

Panjang pulak ceritanya. Baru sekerat hari. camno ni. haha takpe. akan ku teruskan perjuangan menulis untuk Day 2 and 3. But not now :) Jom layan gambar sekitar hari pertama ni. JooooOOOooooMMmmmmm :D


Pergi 2 beg. balik?? haha tungguuuu...

aku dah kenapa???



Kat sana sumber utama ekonomi adalah pertanian, so tempat diorang ni hijau lagi menghijau. cantikkkkk

Tak banyak gambar yang best. nanti petang kang kalau free aku cerita lagi. Kalau tak esok ke lusa ke. tengokla hehe... bye2!! wassalam.



Post a Comment