Blogger news

Aku yang macam budak-budak :p

Assalamualaikum :)

Kalau dikira-kira, hari ni dah 7 bulan 4 hari aku jadi isteri orang. Macam dah lama tapi baru 7 bulan rupenyeee...haha Rasa jauh sebab PJJ kot, kalau dekat, jumpa hari-hari, ketawa hari-hari, menyakat hari-hari, bergaduh manja-manja hari-hari mesti rasa sekejap je sebab semua tu buat kita rasa bahagia kan. Bila kita happy kita akan rasa pantas je masa berlalu kan.

Tapi bila jauh ni, rasanye sangat tak best tau. Mula la duk menghitung hari bila suami nak tukar tempat keje, bila aku nak cari kerja lain, bila tu bila ni. Tapi so far ok la. Boleh sabar lagi masing-masing. Kalau tak boleh sabar, aku resign balik pahang duk bawah ketiak laki haha

Kawan-kawan aku ramai yang dah kawen, dah ada anak pon ada. Ada yang bunting pelamin, ada yang sebulan dua terus preg. Aku? haha mesti la belum. Kalau dah, tak la nge'up' entry pasal ni kan. Mesti la duk bercerita baby tendang-tendang la, gi shop barang baby la, mengidam la and so on so on. hehe

Takpe, belum rezeki aku and suami lagi kan nak jadi ibu and abah. Allah Maha Mengetahui bila masa yang paling sesuai untuk kami jaga amanah dari DIA. Tu la ayat motivasi dari suami untuk isteri dia ni bila sedih lepas buat UPT and resultnye negatif! haha sokmo la sedih bila asyik tgk 1 line je naik. Mesti ramai ibu-ibu kat luar sana pernah rasa mcm ni kan? ;) (Nanti aku cerita kisah-kisahku sepanjang buat UPT hee )

Kalau nak dikira naluri keibuan ni, memang ada la kot. haha ferasan betol. Tapi memang ye pun. Asal tengok baby, kids mesti rasa teruja je. Apatah lagi tengok barang baby. Rasa nak beli banyak-banyak simpan kat rumah.

Alkisah semalam gi tesco bukit tinggi, nak beli barang-barang buat cucur udang. Dah beli-beli tu nak gi ke cashier lalu la tempat barang budak-budak ni macam bedak, lotion, syampu, sabun dll. Berteleku aku kat situ tengok satu-satu lagi-lagi produk disney. Memang menarik perhatian betul la. Gaya aku pilih tu macam orang ada anak-anak je, belek satu-satu. 

Tapi walaupun belum ada anak, ianya tak menghalang aku untuk grab 1 barang nieh! hahaha puas hati aku dapat beli walaupun satu and walaupun tak tahu apa motif aku beli benda ni. Yang penting ianya sangat comel!!!!


Cologne- bau yang sangat sweet :)
Takpela, feeling-feeling ada anak pun dah ok kan =) Doakan saya dan suami dimurahkan rezeki untuk dapat cahaya mata ye.

Sekian...

*Macam skema nau ayat-ayat aku dalam entry nieh. Never mind faizah, teruskan je menulis. nanti anak-anak boleh baca. Anak-anak tak kisah ayat ibu dia ni skema ke tak ke. hahahaha daaaa~

Post a Comment