Blogger news

Hospitals Beyond Boundaries

Assalamualaikum :)

Aku ni dari dulu, dari tak de blog sampai dah ade blog sekarang, aku suka baca kisah2 blogger gi travel. Antara blog yang memang takkan lepas untuk aku baca blog si fatin liyana ni. Sebab aku suka baca pengalaman orang yang gi travel ni. Aku pun tak tau aku ade peluang ke tak nak sampai ke negara yang diorang  pergi tu kan. So memang duk hari-hari la buka blog diorang kot-kot ada tempat menarik lain yang diorang gi kan.

Semalam bukak blog fatin liyana ni, kot2 dia ada gi travel mana2 lagi kan, tapi  ada entry baru dia cerita pasal Hospitals Beyond Boundaries ni. Hebat kan idea ni. lagi hebat orang yang hasilkan idea ni, tapi yang Maha Hebat adalah Allah SWT yang telah memberikan idea ni kepada hamba Allah tersebut. Subhanallah. 

Sebenarnya, banyak kan cara yang boleh kita buat untuk kita jadikan bekalan hidup kita di dunia mahupun akhirat nanti. Aku bukan orang yang banyak ilmu agama. Tapi sebagai hamba Allah, selagi kita bergelar manusia, selagi tu kita sentiasa ada dalam proses pembelajaran kan.

Aku pun bukan dari golongan kaya raya yang membolehkan aku mampu untuk buka hospital untuk negara lain. Jangan kata hospital, gerai untuk jual laksa kat tepi jalan pon aku tak mampu lagi huhu sedih (dari dulu aku sentiasa berangan2 nak buka kedai laksa yang ada pelbagai jenis laksa, laksa yang datang dari setiap negeri, bila la agaknya kan). ok dah stop pasal laksa. Aku ni bukan boleh cerita pasal laksa mesti menjejeh2 keluar air liur ni -_-   

Jadi apa yang kita boleh bantu dalam usaha kita untuk menyumbang kepada pembinaan hospital ni? Hulurkan tangan ringankan beban. gerak2kan jari kita di depan laptop ni buka page maybank2u click2 transfer la sikit duit kita ke no akaun yang tertera seperti dalam entry fatin liyana tu ok. xde maybank2u, gerak2 kan kaki berjalan atau berkereta atau bermoto mahupun berbeca ke bank ok! senang! 

Buat apa yang kita mampu. tak mampu sumbang tenaga, sumbang duit, tak mampu duit, sebarkan projek ni, tak mampu jugak, kita berdoa kepada Allah supaya Allah sentiasa memudahkan urusan pembinaan hospital ni dari awal sampai ke akhir sehingga mana hospital ni dan warga hospital ini dapat memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan.

Sekian sahaja dari anak alam. terima kasih sudi baca. maaf kalau ada tersalah terkasar bahasa. wassalam. :)

No comments: