Blogger news

EIA Induction Course 2013

Assalamualaikum :)

Minggu depan adalah minggu yang paling aku suka. Sebab hanya 1 hari je aku duduk dalam office. Lain2 hari aku akan berada di dunia luar.

16 Sept - Cuti 1 Malaysia. Wajibla berada di kampung halaman.
17 Sept - Masuk office dengan lemah gemalai longlai.
18-19 Sept - EIA Induction Course. -_-
20-21-22 Sept - Fly to Medan. Yeaaaaa

So nak cerita pasal course tu nanti. Aku ni kalau ada kursus paling aku suka bab makanan la kan. Dah la yuran kursus boss bayar. Memang syok la. Tak yah keluarkan duit sendiri. haha RM400 kot! Memang selamat la duit aku.

Tapi ada tekanan juga kalau kursus boss sponsor. Sebab? Course ni ada exam hari ke-2 tu. Kalau fail mana nak nyorok muka comot ni?? Kalau lulus Alhamdulillah. hehe Tapi aku tanya kawan aku, dia cakap susah la orang nak fail. Memangla, tu orang lain. Aku? Harap- harap la aku lulus. Tak la rasa bersalah sangat kan.

Kursus ni dekat EiMAS, UKM Bangi. Tolong aku Ya Allah, semoga aku lulus dengan jayanya. Semoga niat aku untuk ke kursus demi redhaMu dan ilmuMu. Bukan sebab makanan atau mau lari dari office. 

Nanti kalau aku nge'up' satu entry lagi rentetan dari entry ni, bermaksud aku lulus la tu. haha. kalau aku gagal mesti la aku senyap2 je kan. takkan nak heboh satu dunia pulak kan. Doakan ok :)

Itu je la. daaaa~
Post a Comment