Blogger news

Kecil tapi Bermakna

Assalamualaikum :)

Hi jumpa lagi!!

Ko memang xde keje kan faizah. Menulis je. haha well, biarlah. kang dah sebok, ko bising lak bila nak nge'up' sedas dua entry. ni aku duk banyak tulis, ko harus diam dah redha je ok. haha (dialog faizah#blognya)

Nak tanya, nak tanya!! (perlu ke ulang 2x) perlu! untuk nak tunjukkan yang aku excited nak tau haha Nak tau sape sini dah kahwin tapi PJJ? 'angkat kening' haha mungkin takde sebab sape nak kan dah kahwin tapi berjauhan sobssss so biar aku je angkat kening aku kerut2 sambil air mata jatuh tskkk :'( rindu suami.

Aku dengan suami takde la jauh sangat. jarak rumah kitorang adalah dalam 400km JE! haha. dekat kan. dekat sangaaaat kak tipah oi... So bila jauh time weekend je la nak jumpa pun kan. Tapi takde la tiap2 minggu suami datang jumpa aku. Kitorang selang-seli la, gilir-gilir ziarah menziarahi amalan mulia. minggu ni dia datang klang, minggu depan aku balik muadzam. Kalau ade kursus or dia oncall, so tak jumpa la jawabnye...waaaa nangis lagi. takpe, faizah kan kuat, tabah, kebal, hati kering, tak pandai nangis haha kemain puji diri sendiri w.p hakikatnya semua tu dusta belaka.

Dulu awal-awal kahwin, aku selalu anggap suami yang kena datang jumpa isteri. Sampai 1 hari tu aku sembang-sembang lepak kedai kopi dengan my handsome father in law (abah xtau akak ade blog kan, so abah tak tau la akak tengah puji abah ni hahaha). Dia cakap, kita sebagai anak, kalau tengok muka orang tua dah dapat pahala, kalau kita balik jumpa orang tua kita dapat pahala, sepanjang perjalanan kita nak jumpa ibubapa kita, insyaAllah kita akan dapat pahala kerana niat kita. Sama jugak suami isteri. Sepanjang jalan kita balik untuk bertemu suami/isteri insyaAllah akan dicatatkan sebagai kebajikan,again ianya depends on niat kita. Urusan pahala dosa adalah urusan Allah. Tapi kita kena berusaha ke arah kebaikan kan. 

So dari situ aku pun tukar corak pemikiran aku untuk sama-sama merasai nikmat perjalanan untuk kita nak jumpa insan tersayang. Alhamdulillah, sampai hari ni, setiap kali aku balik muadzam jumpa suami, tak pernah pun rasa letih, rasa malas, rasa nak tidur je ke ape ke perasaan yang negatif2. Bese aku ambil bas kat hentian putra pukul 9 malam, so dari klang after kerja terus pecut ke putra, tunggu bus around pukul 2 pagi baru sampai muadzam. pagi-pagi bangun macam biasa buat sarapan untuk suami, sembang-sembang, jalan-jalan. ahad kul 2.30 ambil bus terus balik ke Klang. walaupun hanya sehari setengah dengan suami, tapi u know rasa sangat lama masa tu, macam-macam aktiviti boleh buat. 

That is how kita hargai masa yang kita ada. Sebab kita tahu masa sangat terhad. so kita takkan bazirkan dengan perkara-perkara yang tak mendatangkan faedah kan e.g tidur. No no no. kalau setakat balik jumpa suami untuk tidur di siang hari, dan menonton tv dan kemudian tidur lagi, memangla satu kerugian ok pakcik2 makcik kak tipah sekalian. 

jap faizah jap, aku kompius ni. tak macam nak cerita pasal tajuk pon. mukadimah ke ape tu? dah2 masuk isi penting terus melalut haha blog dah marah...


Ok disebabkan kitorang ni jauh, so kitorang bila setiap kali jumpa akan bagi hadiah antara satu sama lain. Apa-apa je. even benda tu kecik je tapi tetap bagi. Untuk buat pasangan kita rasa lebih gembira. kire macam reward la berjaya sampai ke pasangan kita. hahaha ada ke macam tu. dah macam game pulak kan. tak tak. bukan macam tu. Nak explain pun susah. Bila kita bagi hadiah kat pasangan kita, tak mahal pun takpe, janji kita bagi ikhlas niat nak buat dia gembira, sebagai tanda terima kasih sebab sudi balik jumpa suami/isteri dia kan. Then pasangan akan rasa lebih di hargai. 


tu la apa yang kitorang akan buat bila berjumpa la. Tapi yang biasa kitorang bagi adalah COKLAT. coklat adalah lambang kegembiraan, bagi aku la. hahaha...Setiap kali balik, aku beli 1 jenis coklat. tiap kali beli, beli yang berlainan la. Tapi suami ni jenis membazir, setiap kali beli, beli yang berjenis-jenis coklat. haha memang isteri ni suka la kan. Pastu makan sama-sama. Coklat yang aku bagi dia, aku makan banyak dia makan sikit. COklat yang dia bagi aku aku makan banyak dia makan sikit. tidak adil bukan? tapi itu lah kami haha. Suami cakap suke tengok aku makan muka bersungguh-sungguh lagi-lagi coklat kan. So dia biarlah isteri dia ni makan apa ada nya hahaha... baik sungguh kamu wahai suami. Sayang lebih la gini. Nanti anak-anak baca mesti dia akan kata abah dia sweet layan umi dia macam ni hahaha...

Cantik kan paper bag ni?? Suami bagi baru-baru ni :)


ye anak2 umi, ni coklat yang abah bagi kat umi hehe :D anak2 umi jangan jeles ok :p


Kecil lebih berharga jika ianya ikhlas kan? Korang pon mesti ada buat something untuk pasangan korang kan, macam rutin la kirenya. jom share! :)

Salam jumaat...Wassalam.
 


No comments: