Blogger news

Kisah Dulu (Part II)

Assalamualaikum..

Ni sambungan daripada kisah ni. Aku pun tak boleh janji berapa part yang aku boleh tulis sebab banyak sangat ceritanya. and of course my story banyak berkaitan suami, keluarga, kehidupan seharian. Nanti dah ada anak, aku akan cerita pasal anak lak banyak-banyak. haha
 
Masa kek somban tu, aku saja-saja la text dia, tanya dia ada kek mano? (saja-saja ok, tak de maksud apa-apa pon hehe). Masa tu kek KTM Somban. Sambil-sambil tunggu kawan-kawan aku arrange taxi, aku text la dia. Rupa-rupanya dia ada kek Pejabat pos depan je dengan KTM tu. Eh kemain excited dia suh aku tunggu sampai dia selesai urusan dia, nak jugak jumpa aku (katernyeer) haha. Dia ingat taxi tu boleh tunggu-tunggu aku kot. Tapi takpe la, demi penuhi impian dia, aku pun rela hati masuk dalam group last taxi means kitorng (group ni) kena tuggu taxi yang masih belum kunjung tiba.
 
Tak lama lepas tu, dia pun muncul lah. tersonyum2. apa hal nak senyum-senyum kat aku, bayar la dulu kalau nak senyum. haha dah la pakai seluar pendek..yekkk aurat tak tutup, benci tak suka! mehehehe tapi sembang kejap je, 5 minit macam tu then taxi datang. So aku pun dah nak kena gerak gi rumah kawan aku yang buat open house tu. Sompek pulak dia pesan dah nak balik nanti bagitahu dia, dia nak jumpa lagi. eh lagi? tau la kolej ngn KTM tu sekangkang monyet je. Aku jawab 'tengokla nanti' ececece ayat jual mahal.
 
Banyak weh mak kawan aku ni masak. Tapi masa kitorang sampai ni, tak siap masak lagi. Kitorang pun tolong la apa-apa yang patut supaya bila makan nanti tak la rasa segan sangat sebab dah bersusah payah masak kan..kikiki Ampun makcik :)
 
Ada soto, ada laksa, kuih-muih, air-mair dsb. Makan tahap stok untuk 2 hari. Leh jimat nanti dah balik koleh 2 hari x makan dah jimat rm20 haha (benci tau makan jugak lepas tu, gila apa 2 hari tak makan haha)
 
Dah petang dah. Tapi kawan-kawan aku ni taknak balik lagi. Perut belum penuh haha Tapi kan ada sorang kawan aku ni, dia pun nak jumpa kawan dia kat KTM, tapi kawan dia sanggup jemput kek rumah kawan aku ni, aku tetibe teringat pesan dia. So aku pun ambil la kesempatan tumpang kereta dia gi KTM. Aku text la dia, bagitahu aku kt KTM. ZzzZZuuup ZZzaaaaassss dah muncul kek KTM. Laju kemain. Pastu dia ajak pi McD depan KTM tu, apa ntah nama Mall tu, x hengat lah hai. Aku konyang lai, so makan aiskrim mcd je (masa tu x boikot lag, sekarang dah x sentuh dah mcd) hehe..pastu borak-borak la then g KTM balik then sembang-sembang hal keremajaan yang belum matang lagi ni.
 
Masa sembang tu ada la minah yang kitorang tak kenal, lalu depan kitorang pakai baju kurung. Tetibe dia cakap, dia suka tengok perempuan pakai baju kurung. Ayu sopan je. Aku pun like 'ah ha, so?' hahahaha dah tu aku nak respon apa? nak cakap 'eh yeke?, so suke la tengok aku eh, aku pakai baju kurung, ayu sopan dsb?' hahaha... Ko faizah, kalau dah askor tu askor jugak, muka hitam legam, berbelang-belang, jalan kasar, ketawa kuat sebatu dengar, lagi nak cakap ko ayu. hihihi...biarlah hai, sapa lagi nak puji aku.:p
 
 
Sembang-sembang, geng-geng aku pun datang dengan bawak perut yg tak kurang padatnya. So kitorang pun balik la. Aku pun tinggalkan lah dia di bumi somban tu. Takkan nak ikut pulak kan. haha..
 
Tu je untuk part kali ni. Ada sambungan lagi ok. Stay tune husband :)
 
Daaa~
 
 
 
 
 

Post a Comment