Blogger news

Medan Preparation Style Mengada-ngada

Assalamualaikum...

Aku kalau bab berjalan memang suka, tapi kalau ada yang tolong bawakkan la. Kalau kena pergi sendiri, memang malas tahap dewa pencen.

So kalau nak pergi berjalan-jalan, bersiar-siar, makan angin, berbulan madu dan sebagainya, memang aku teruja tahap anak- anak kecil dapat aiskrim. haha So as mentioned before, 20-22 Sept 2013 ni aku akan bersiar-siar di Medan, Indonesia. Peserta 'persiaran' ni adalah tuan empunya blog yang selekeh ni, suami tercinta dan paling disayangi, rakan sekerja, boss beserta keluarga, orang awam, pilot, pramugari dan sesiapa sahaja.

Tiket kapal terbang semurah RM150 return untuk setiap seorang telah dibiayai oleh boss baik hati. Hotel? Harap-harap dia sponsor jugak. haha bagi betis nak kepak. Begitulah aku.. haha 

Walaupun ada sedikit drama sebabak masa plan nak gi Medan tu antara rakan sekerja, tapi InsyaAllah, semoga trip ni akan jadi best dan seronok.

Meh tengok gambar sebabak jap...

haha pink sangat awok2, geli pulak koi nengok
 
Passport (mine and my husband's)

Actually, passport punye sarung ni (ntah apa la nama benda alah ni) aku dapat masa beli barang lebih rm20 dekat watson Alamanda dulu2. Promoter suruh pilih nak beg make up atau bekas passport ni. Sebab tak de lagi benda alah ni, aku grab yang ni je la.

Nanti kat airport suh suami pegang haha pink2 girl2 sangat, jgn harap la bak kata suami! haha

Padahal lambat lagi nak gi, ngengada nak siapkan awal2 passport ni. Jangan tertinggal sudah. wuuuu~

Tu je. Terima kasih diri sendiri sudi baca. haha bye :)

No comments: