Blogger news

MOSHPA National OSH Conference and Award Nite

Assalamualaikum..:)
Last Saturday night, En Hubby and me went for a dinner. My big boss akan dapat award so dia ajak la staff dia ni pergi dinner tu and sekali dengan majlis penyampain anugerah.
Paling best boss suruh bawa suami tercinta. Memang best la boleh feeling macam pergi dinner berdua haha choi...
Tempat adalah di Berjaya Times Square, suatu tempat yang asing untuk aku dan suami. So sebagai tempat yang asing haruslah pergi dengan public transport. Masa nak keluar dari rumah tu, hujan lebat. Macam mana nak naik train ni, basah la nanti, dah tak comel la kan.
Buka GPS, map bagai tengok-tengok 15 minit je dari Bukit Jalil, apa lagi cuba jaya la. Memang 15 minit je! Tak sesat dan tak sesak. Memang best. Suami biasa la suka explore tempat-tempat baru. Dinner pukul 8, pukul 6.30 dah terpacak kat sana. Ambil kesempatan cari surau dulu and hall untuk dinner tu. Alhamdulillah, dah jumpa tempat. Siap-siap sedia untuk maghrib masuk je waktu terus solat. Punya tak nak lambat masuk hall nanti maliuuu hehe.
Majlis ok la. Sebab yang paling ok adalah makanan. Gambar makanan harusla takda. Semua dah masuk dalam perut. Tapi memang sedap sebab free haha
Suami malam tu mesti la kacak haha (aku je la yang anggap dia kacak, korang tak anggap pun takpe hehe)
Dalam kul 11 tu dah dapat award. Boss pon ajak balik, mentang-mentang dia dah dapat award, taknak tunggu dah majlis habis haha tapi aku lagi suka, boleh balik awal. ambil-ambil gambar sikit, then terus balik bukit jalil. Overall dinner ni ok la sebab makanan yang sedap. :p
Meh la aku tepek satu gambar untuk tatapan masa akan datang. hehe.. LOVE you SUAMI sebab sudi ikut.
Post a Comment